Theme of Blog

kenapa strategy?
kerana... saidina Ali berkata "kebatilan yang terancang dapat mengalahkan kebenaran tanpa terancang"

Demonic Swordman

Syaitan Pedang Dugu Qiu Bai - Dugu Cari Tewas - tokoh kungfu pedang ciptaan novelis Jin Yong (Louis Cha). Kemahiran berpedangnya mencapai tahap tidak dapat dilawan. Sehingga sampai ke satu tahap sebarang benda seperti lalang pun boleh dijadikannya umpama pedang. Tanpa pedang lebih hebat daripada berpedang. Sepanjang hayat mencari lawan yang dapat mengalahkannya. Walaubagaimanapun dia belum menemuinya menyebabkan dia meninggal dunia dengan penuh kesunyian.

kesunyian kerana tiada lawan
apabila ada masalah, kita menyalahkan masalah.
Apabila hidup ini tertekan kita sentiasa berputus asa dan gila.
TAPI...
seringkali berlaku, apabila kita tiada masalah, kita akan mencari masalah.
Bila hidup tiada cabaran kita mencari sesuatu yang mencabar...
MAKA...
tempuhilah segala cabaran yang mewarnai hidup kita dengan perasaan gembira
selesainya setiap masalah, terimalah masalah hidup yang lain dan selesaikan sekali lagi
HINGGA...
hingga sampai ke zaman yang tak terhingga
Masalah dunia nie kecik je, Masalah di SANAlah yang besar


About this homepage
Di sini aku menyenaraikan beberapa kitab dan buku berguna bagi kita. Semoga dapat berfaedah kepada kita semua. Silalah menyelam ke dalam lautan ilmu. Semua ilmu adalah milik Allah yang mengilhamkan ke dalam hati penulis-penulisnya. Walaubagaimanapun ilmu manusia berbanding dengan ilmu Allah ibarat setitis air dengan lautan ilmu Allah yang luas.