Mencapai Kecemerlangan Kesihatan

Memulihkan Penyakit Kronik

Langkah-langkah untuk memulihkan pesakit yang menghidapi penyakit kronik

Dapatkan maklumat di sini

Senaman yang betul

Senaman adalah sesuatu yang penting

Belajar bersenam dengan cara yang betul

Kesihatan adalah aset yang penting

Secara kebiasaannya hanya badan yang sihat sahaja akan berupaya untuk menghadapi cabaran dari ancaman luar yang boleh mengganggu kesihatan. Badan yang sudah mengalami penyakit atau berada di dalam keadaan yang tidak sihat tidak berupaya untuk menghadapi sebarang stress yang sedemikian. Contoh-contoh ancaman luar ialah seperti jangkitan kuman, pendedahan kepada bahan kimia, radiasi dan sebagainya. Ketiadaan penyakit tidak bermakna kita benar-benar sihat dan dalam kesihatan yang cemerlang. Pemeriksaan kesihatan yang mendapati seseorang itu tidak mempunyai penyakit tidak bermakna kesemua organ di dalam badannya berfungsi dengan keadaan yang cemerlang dan bebas dari kemungkinan mengalami sebarang penyakit. Pada sesetengah keadaan organ itu sendiri berada di dalam keadaan yang tidak sihat, tetapi ujian makmal belum dapat mengesan kerana badan akan berusaha meningkatkan fungsi organ untuk mencapai tahap yang terbaik untuk badan. Suatu kaedah lain di dalam usaha untuk mengesan tahap kecemerlangan kesihatan dan berusaha meningkatkannya secara berterusan hendaklah dilakukan.

Kembali Muda

Proses menjadi tua adalah proses semulajadi yang akan berlaku kepada semua individu. Peningkatan umur seseorang disertakan juga dengan peningkatan sifat-sifat ketuaan pada setiap sel-sel di dalam badan. Sel-sel yang mempunyai sifat yang tua dihasilkan berdasarkan arahan dan panduan tertentu daripada komponen di dalam sistem genetik kita. Sel-sel yang mempunyai sifat yang tua sebegini berada dalam keadaan lemah, mudah rosak dan mudah diserangi penyakit. Kajian menunjukkan bahawa dengan mengubah cara hidup seseorang boleh memberikan kesan kepada arahan yang dihantar bagi proses pembinaan sel-sel baru. Sel-sel baru yang lebih muda boleh dihasilkan sekiranya perlaksanaannya dibuat dengan baik dan teratur. Pemilihan cara hidup yang silap boleh meningkatkan tahap ketuaan sel-sel badan lebih daripada umur yang sebenar. Oleh itu adalah merupakan suatu perkara yang penting untuk setiap individu memahami perkara ini agar kita dapat jalani penghidupan kita dengan cara pemakanan dan cara hidup yang sihat dan memberikan manfaat kepada kita. Semoga kita dapat lalui hari-hari tua dalam keadaan badan yang sihat (Healthy Aging)

Maklumat yang terdapat pada laman web ini ialah untuk tujuan pendidikan dan kefahaman terhadap isu-isu yang dibincangkan. Ianya bukan untukĀ digunakan sebagai pengganti kepada konsultansi dan rawatan doktor secara langsung. Sekiranya anda seorang yang mengidap sesuatu penyakit tertentu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelumĀ membuat sebarang perubahan di dalam aktiviti pemakanan dan senaman harian anda.