obese-small

Musoh dalam selimut!

Musoh dalam selimut adalah tidak semerbahaya musuh yang kita bawa bersama kita ke mana-mana! Sebenarnya tanpa diketahui ramai, sebahagian besar di antara kita sentiasa membawa dan memelihara musoh ketat kita di dalam badan kita….. dan membawanya ke mana-mana dekat dengan hati dan jantung…ia seperti sentiasa menunggu masa untuk menerkam… Itulah dipanggil Lemak Dalaman/ Lemak Visceral (Visceral Fat). Lemak ini terletak di dalam rongga abdomen dan dada kita. Ianya melitupi jantung, hati, usus, limpa dan segala […]

Letih dan sengal-sengal

Kerap pesakit-pesakit datang berjumpa doktor kerana keletihan dan sengal-sengal badan. Setelah diperiksa pada kebiasaannya tiada apa-apa perkara yang tidak normal dijumpai. Beliau tidak demam, tekanan darah normal, kandungan gula dalam darah juga normal dan pemeriksaan semua tanda-tanda utama (vital signs) adalah normal. Pada ketika ini amat sukar untuk seseorang doktor membuat keputusan apakah punca keletihan yang sedemikian. Secara amnya perhatian amat kurang diberikan terhadap perubahan komposisi nutrien di dalam badan sebagai kemungkinan menjadi punca permasalahan kesihatan. […]

Magnesium

Magnesium adalah suatu bahan mineral yang amat penting untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik. Walaubagaimanapun perbincangan mengenainya  agar kurang berbanding dengan perbincangan mengenai kalsium dan sebagainya. Walhal magnesium diperlukan untuk membolehkan kalsium berfungsi di dalam badan. Sebarang usaha untuk memulihkan kembali kesihatan hendaklah disertakan dengan keseimbangan semua zat-zat mineral di dalam badan. Dengan ini segala sistem di dalam badan dapat berfungsi dengan baik dan sempurna. Untuk mendapat maklumat seterusnya mengenai magnesium sila klik di sini.

Lemak – suatu salah faham

Lemak dan kolesterol adalah merupakan perkataan yang ditakuti oleh kebanyakan orang. Selama lebih kurang 5 dekat kefahaman telah cuba ditanam agar manusia semua menganggap lemak dan kolesterol adalah sesuatu yang amat merbahaya dan perlu dijauhi. Adakah kita ketahui: Sebahagian besar kandungan badan kita adalah terdiri daripada lemak. Ini amat ketara di dalam otak (60%), sistem saraf dan kesemua selaput sel-sel di dalam badan (sekitar 100 trillion sel). Selaput sel-sel dibuat daripada lemak, kolesterol dan sedikit […]

Keradangan (Inflammation)

KERADANGAN (INFLAMMATION) Keradangan ialah suatu keadaan fizikal di mana sebahagian daripada anggota badan menjadi merah, membengkak, panas , sakit dan kehilangan fungsi yang pada kebiasaannya diakibatkan oleh kecederaan atau jangkitan (infection) Keradangan adalah merupakan usaha badan untuk mempertahankan dirinya; tujuan adalah untuk menghapuskan perkara yang memudaratkan seperti sel-sel yang rosak, perkara-perkara luar yang merosakkan atau jangkitan dari luar dan memulakan proses penyembuhan. Apabila sesuatu yang memudaratkan telah memberi kesan kepada badan, terdapat respons biologi yang akan […]

Kembali muda

Setiap orang yang hidup akan menghadapi hari tua. Perasaan untuk menghadapi hari tua akan menghantui kita apabila memikirkan bahawa hari tua kita akan mengalami kekuatan yang makin kurang, penyakit yang makin bertambah, pergantungan kepada orang lain dan berkemungkinan akan menyusahkan ahli keluarga dan sebagainya. Orang tua dikaitkan rapat dengan penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, kurang pendengaran, sakit sendi, tidak dapat mengawal fungsi pundi kencing, kerapuhan tulang (osteoporosis) , penyakit Alzheimer’s dan sebagainya. Kita mungkin ada terfikir, adakah […]