Kembali muda

Setiap orang yang hidup akan menghadapi hari tua. Perasaan untuk menghadapi hari tua akan menghantui kita apabila memikirkan bahawa hari tua kita akan mengalami kekuatan yang makin kurang, penyakit yang makin bertambah, pergantungan kepada orang lain dan berkemungkinan akan menyusahkan ahli keluarga dan sebagainya. Orang tua dikaitkan rapat dengan penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, kurang pendengaran, sakit sendi, tidak dapat mengawal fungsi pundi kencing, kerapuhan tulang (osteoporosis) , penyakit Alzheimer’s dan sebagainya. Kita mungkin ada terfikir, adakah terdapat kemungkinan untuk menghadapi hari tua tetapi pada waktu yang sama memiliki kekuatan dan ciri-ciri fizikal seperti orang-orang yang masih muda. Ini merupakan hasrat ramai orang dan pelbagai kajian telah dibuat berasaskan kepada keinginan ini.

Badan kita mengalami proses pembaharuan, pembinaan sel-sel yang baru, pembaikan pada mana-mana bahagian yang rosak sepanjang hidup kita. Berdasarkan pada fakta ini sepatutnya kita akan terus berada dalam keadaan muda, tetapi ia tidak berlaku sedemikian. Kita semua menjadi semakin tua. Sehinggakan sel-sel yang baru terbentuk di dalam badan seseorang yang berumur 80 tahun boleh dikenali sebagai sel yang datang dari seseorang yang sudah lanjut usianya. Sel-sel yang baru dibuat ini dapat dilihat sebagai sel yang lebih tua dan berfungsi juga sebagai sel yang lebih tua berbanding dengan sel yang dibentuk dari seseorang yang muda. Bagaimanakah ini boleh berlaku? Untuk maklumat seterusnya sila baca di sini

Posted in Company Information.