Lemak – suatu salah faham

Lemak dan kolesterol adalah merupakan perkataan yang ditakuti oleh kebanyakan orang. Selama lebih kurang 5 dekat kefahaman telah cuba ditanam agar manusia semua menganggap lemak dan kolesterol adalah sesuatu yang amat merbahaya dan perlu dijauhi.

Adakah kita ketahui:

  • Sebahagian besar kandungan badan kita adalah terdiri daripada lemak. Ini amat ketara di dalam otak (60%), sistem saraf dan kesemua selaput sel-sel di dalam badan (sekitar 100 trillion sel). Selaput sel-sel dibuat daripada lemak, kolesterol dan sedikit protein… bukan karbohidrat. Tanpa lemak manusia tidak dapat hidup.
  • Terdapat lemak yang wajib diambil melalui makanan kerana badan tidak memperosesnya. Ini dipanggil sebagai Essential Fatty Acids (EFAs). Begitu juga untuk protein, terdapat 9 Essential Amino Acids. Tiada pula Essential Carbohydrates!!!
  • Paras glukos, sodium, potassium dan pelbagai lagi dikawal denga ketat oleh badan. Peningkatannya sedikit akan meransang sesuatu untuk menurunkannya. Manakala untuk kolesterol dan lemak, tiada kawalan seketat itu. Ini adalah kerana badan tidak menganggap ianya sesuatu yang sangat merbahaya kerana ia adalah sebahagian dari struktur badan. Dalam keadaan normal sel-sel badan khasnya hati (liver) membina kolesterol untuk kegunaan badan.
  • Kolesterol amat diperlukan oleh badan untuk pembinaan struktur badan, membaiki struktur badan yang rosak, sebagai bahan mentah untuk pembuatan hormon-hormon yang penting dan menjadi bahan utama untuk penghasilan cairan hempedu. Tanpa cairan hempedu kita tidak akan dapat menyerap lemak dan segala vitamin-vitamin larut lemaka seperti Vit A, D, E dan K. Vitamin D sendiri mengawal lebihkuran 900 proses lain di dalam badan.

Perkara ini akan terus dibincangkan dari masa ke semasa. Untuk maklumat lanjut boleh klik di sini

Posted in Company Information.