Letih dan sengal-sengal

Kerap pesakit-pesakit datang berjumpa doktor kerana keletihan dan sengal-sengal badan. Setelah diperiksa pada kebiasaannya tiada apa-apa perkara yang tidak normal dijumpai. Beliau tidak demam, tekanan darah normal, kandungan gula dalam darah juga normal dan pemeriksaan semua tanda-tanda utama (vital signs) adalah normal. Pada ketika ini amat sukar untuk seseorang doktor membuat keputusan apakah punca keletihan yang sedemikian. Secara amnya perhatian amat kurang diberikan terhadap perubahan komposisi nutrien di dalam badan sebagai kemungkinan menjadi punca permasalahan kesihatan. Pesakit tersebut mungkin kekurangan vitamin-vitamin tertentu atau zat-zat mineral tertentu.
Salah satu vitamin yang kerap berada dalam tahap yang rendah di dalam diri ahli masyarakat ialah vitamin D. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Posted in Company Information.