obese-small

Musoh dalam selimut!

Musoh dalam selimut adalah tidak semerbahaya musuh yang kita bawa bersama kita ke mana-mana!

Sebenarnya tanpa diketahui ramai, sebahagian besar di antara kita sentiasa membawa dan memelihara musoh ketat kita di dalam badan kita….. dan membawanya ke mana-mana dekat dengan hati dan jantung…ia seperti sentiasa menunggu masa untuk menerkam…

Itulah dipanggil Lemak Dalaman/ Lemak Visceral (Visceral Fat). Lemak ini terletak di dalam rongga abdomen dan dada kita. Ianya melitupi jantung, hati, usus, limpa dan segala organ dalaman kita. Kajian menunjukkan lemak visceral ini menjadi punca penting bagi permasalahan keradangan dalam badan, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kanser dan sebagainya. Ianya bertindak dengan mengeluarkan pelbagai bahan-bahan kimia yang menggaggu proses metabolsima di dalam badan. Maklumat terperinci mengenai perkara ini akan anda perolehi di Seminar Kecemerlangan Kesihatan yang di adakan. Di samping itu untuk maklumat seterusnya anda boleh juga klik di sini

Posted in Health Information.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *