Medi-Ihsan Wellness Seminar Level 1 – 25hb Ogos

Medi-Ihsan Wellness Seminar Level 1 telah dilaksanakan dengan sempurna pada 25hb Ogos 2016. Seramai 16 orang peserta telah mengambil bahagian dan program berjalan dengan baik. Maklumbalas yang diberikan amat baik sekali dan InsyaAllah program seterusnya ialah pada 24hb September 2016 di Kuala Terengganu dan 29hb September 2016 di Paka.

Selamat datang

Selamat datang ke laman web kecemerlangan kesihatan. Ini adalah merupakan suatu tempat di mana maklumat-maklumat tertentu mengenai kecemerlangan kesihatan boleh didapati. Kesihatan adalah merupakan suatu aset yang terlalu tinggi nilainya. Tanpa memiliki kesihatan yang baik, seseorang tidak dapat menikmati pelbagai kebaikan di dalam penghidupan ini. Manusia bersedia untuk berbelanja bagi merawat penyakit agar memperolehi kesihatan. Alangkah baik sekiranya usaha dibuat lebih awal untuk memperolehi tahap kecemerlangan dan kesejahteraan kesihatan.