Kecemerlangan Kesihatan

Pemeriksaan kesihatan yang mendapati seseorang itu tidak mempunyai penyakit tidak bermakna kesemua organ di dalam badannya berfungsi dengan keadaan yang cemerlang dan bebas dari kemungkinan mengalami sebarang penyakit. Pada sesetengah keadaan organ itu sendiri berada di dalam keadaan yang tidak sihat, tetapi ujian makmal belum dapat mengesan kerana badan akan berusaha meningkatkan fungsi organ untuk mencapai tahap yang terbaik untuk badan. Pemeriksaan sedemikian hanya menunjukkan bahawa fungsi organ masih di dalam julat yang normal. Ujian sebegitu tidak berupaya untuk menunjukkan tahap kesihatan serta struktur dan fungsi setiap tisu dan sel di dalam badan. Usaha hendaklah dilakukan untuk meningkatkan tahap kesihatan setiap individu ke peringkat kesejahteraan kesihatan di mana setiap sel di dalam badan berada di dalam tahap kesihatan yang cemerlang. Dengan itu setiap tisu akan berada di dalam keadaan yang sihat dan secara langsung akan memberikan organ yang dapat berfungsi dengan cemerlang.

wellness

Pemeriksaan perubatan yang dilaksanakan sekarang lebih untuk menentukan tahap di antara sakit dan tiada penyakit. Usaha untuk menentukan tahap “wellness” agak dilupakan. Ini berbeza dengan urusan kita mengenai kenderaan kita. Apabila kita menghantarnya ke stesyen servis, mekanik biasanya tidak berminat untuk mengesan ada penyakit atau tidak tetapi mereka lebih berminat untuk menilai sejauh manakah lagi kenderaan ini boleh digunakan dengan selamat. Berapa lamakah lagi “spark plug” ini boleh digunakan, berapa lamakah lagi “timing belt” ini boleh digunakan. Mereka mengutamakan usaha untuk mencapai tahap kecemerlangan kesihatan kenderaan. Perkara ini tidak berlaku di dalam pengurusan kesihatan manusia.

biochem1Pengurusan kecemerlangan kesihatan memerlukan suatu bidang ilmu tertentu. Kefahaman terhadap proses fisiologi dan biokimia di dalam badan manusia hendaklah digunakan sepenuhnya. Ini adalah kerana sebahagian perkara mempengaruhi bahagian perkara yang lain dengan ketara. Sebagai contoh, Vitamin D didapati mempengaruhi lebih dari 900 proses biokimia di dalam badan. Oleh itu kekurangan Vitamin D (dianggarkan 50% penduduk mengalami kekurangan Vitamin D) boleh menjejaskan fungsi sel-sel dan tisu-tisu yang pelbagai diseluruh tubuh. Kekurangannya boleh meningkatkan keradangan dalam badan, menghilangkan kemampuan badan untuk mempertahankan diri  dan memudahkan untuk dihidapi pelbagai penyakit.

Atas tujuan untuk memberikan kefahaman mengenai perkara ini kepada ahli masyarakat, kami menyediakan seminar satu hari  “Medi-Ihsan Wellness Seminar Level 1” yang dilaksanakan pada setiap bulan di Kuala Terengganu dan Paka. Untuk mendapat maklumat lanjut sila klik di sini. Seminar ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada peserta mengenai perjalanan badan manusia serta langkah-langkah semula jadi yang telah wujud untuk mengelakkan manusia daripada menghidapi sebarang penyakit. Apakah tingkahlaku manusia yang telah mengubah dan melemahkan diri mereka sendiri dan pengaruh genetik di dalam menentukan tahap kecemerlangan kesihatan juga dibincangkan. Penyelesaian yang perlu dilakukan oleh setiap dari kita juga dibincangkan dengan terperinci. Disertakan juga perbincangan mengenai kaedah mengembalikan kesihatan kepada mereka yang mengidap penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, obesiti, gout dan sebagainya.  Isu mengenai kaedah memperkasakan sel-sel badan agar menjadi lebih muda dan sihat juga dibincangkan di dalam seminar ini.

Pemeriksaan asas bagi menentukan tahap kecemerlangan kesihatan diri adalah perlu untuk dilakukan. Ianya melibatkan pemeriksaan fizikal serta penanda biologi tertentu diikuti oleh pemeriksaan makmal seperti pemeriksaan darah, urin dan air liur. Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai status kesihatan dirinya boleh juga menjalani pemeriksaan profile DNA dirinya.

Sekiranya terdapat kelainan pada penanda-penanada ini, nasihat tentang kaedah perubahan cara hidup khasnya bentuk makanan yang sesuai dan jenis senaman dan sebagainya akan diberikan.

Pemeriksaan ini dijalankan di dua lokasi seperti berikut:

Klinik Ihsan & Occupational Health Center Bukit Payung

Lot 14913, Jalan Kuala Berang, Taman Mengkuang Indah,
Bukit Payung, 21400 Marang,
Terengganu DarulIman
Phone : +609-6195696/7
Fax : +609-6195699

Occupational Health Center Paka

Lot 8184, Taman NikmatRia, JalanPunai,
23100 Paka, Dungun, Terengganu.
Tel: 09-827 3911
Fax: 09-827 4911