Medi-Ihsan Wellness Seminar

trainingSyarat utama untuk mencapai kecemerlangan kesihatan atau mengembalikan kesihatan bagi mereka yang berpenyakit kronik ialah ILMU PENGETAHUAN. Tanpa memiliki ilmu pengetahuan yang diperlukan anda tidak akan dapat merasai kenikmatan di dalam berusaha mencapai apa yang dihajatkan ini dan biasanya anda akan berhenti separuh jalan. Tiada sesiapa yang akan lakukan sesuatu untuk tempoh yang lama sekiranya apa yang dilakukan itu tidak difahaminya.

Memandangkan ilmu yang perlu dipelajari ini adalah sesuatu yang asing bagi masyarakat umum, maka pembelajaran ilmu asas mengenainya juga perlu dipelajari terlebih dahulu. Bagi mencapai hasrat agar seberapa ramai ahli masyarakat dapat dilengkapkan ilmu yang mencukupi bagi menguruskan kecemerlangan kesihatan masing-masing atau mengembalikan kesihatan masing-masing, maka Medi-Ihsan Sdn. Bhd. dan Medi-Ihsan Occupational Safety and Health Sdn. Bhd. telah mengembelingkan tenaga memulakan program ini.

Antara program yang disediakan ialah:
1. Medi-Ihsan Wellness Seminar – Level 1 dan Level 2
2. Menjalankan aktiviti Klinik Sihat (Wellness clinic)

1) Medi-Ihsan Wellness Seminar Level 1

Seminar ini bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan kaedah pengurusan kesihatan diri yang sepatutnya dilakukan oleh setiap orang. Sekadar diisytiharkan bebas dari penyakit masih tidak bermakna kita di dalam tahap kesihatan yang cemerlang. Terdapat pelbagai penanda aras kesihatan (health biomarkers) yang sepatutnya digunapakai untuk menentukan tahap kecemerlangan diri masing-masing. Setelah seseorang mengetahui tahap sebenar bagi diri mereka maka mereka dapat membuat perancangan yang sesuai untuk bergerak kedepan bagi mencapai tahap kecemerlangan kesihatan yang diinginkan.

Peserta didedahkan dengan pemahaman mengenai kaedah badan manusia berfungsi dan bagaimanakah zat-zat makanan diproses serta kaedah-kaedah yang telah sedia wujud bagi mengelakkan kita daripada dihidapi sebarang penyakit.

Peserta juga di dedahkan dan diberikan kefahaman tentang apakah tindakan yang telah kita lakukan selama ini yang telah memudaratkan kesihatan diri kita masing-masing. Tindakan-tindakan kita ini yang telah menjadikan statistik penyakit-penyakit kronik makin meningkat hari demi hari.

Peserta juga didedahkan dengan pengetahuan mengenai genetik dan nutrigenomic. Kefahaman mengenai susunan genetik bagi setiap individu yang menggambarkan keadaan kesihatan masing-masing juga dijelaskan. Maklumat ringkas mengenai intervensi yang boleh dilakukan untuk mengubah genetic expression bagi gene-gene yang terlibat juga dihuraikan. Di samping itu juga peserta juga didedahkan mengenai fungsi Telomere di dalam memberikan gambaran status ketuaan (age status) sel-sel di dalam badan dan huraian juga diberikan mengenai kaedah-kaedah untuk meningkatkan kepanjangan Telomere (yang dikaitkan rapat dengan peningkatan kemudaan sel) masing-masing.

exercise1Senaman adalah merupakan salah satu aktiviti penting bagi mencapai kecemerlangan kesihatan. Walaubagaimanapun senaman hendaklah dilakukan dengan betul agar maksud utama akan tercapai. Sekiranya senaman dilakukan dengan kaedah yang silap, pelbagai masalah dan penyakit lain boleh dihadapi oleh kita dan ianya tidak memberikan manfaat di dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan kesihatan atau memulihkan kembali kesihatan kita. Penerangan mengenai perkara ini serta demonstrasi senaman yang sesuai dilaksanakan di dalam seminar ini.

Maklumat pengajar

Tentatif aturcara program

 
0830 – 0900 30 minit Pendaftaran
0900 – 0930 30 minit Pengenalan terhadap seminar dan pemahaman terhadap permasalahan kesihatan serta perbandingan di antara cara pendekatan yang ada sekarang dengan cara pendekatan baru yang mengutamakan usaha untuk menentukan tahap kecemerlangan kesihatan
0930 – 1015 45 minit Bagaimanakah badan berfungsi pada semua peringkat dan kaedah semulajadi yang telah wujud bagi mengelakkan penyakit dan mencapai tahap kecemerlangan kesihatan yang tinggi
1015 – 1030 15 minit Rehat
1030 -1115 45 minit Bagaimanakah badan memproses pelbagai jenis zat makanan dan bagaimanakah pengaruhnya terhadap tahap kesihatan seseorang
1115 – 1200 45 minit Bagaimanakah perubahan amalan cara hidup manusia telah mempengaruhi kesihatan diri mereka sendiri yang menyumbang kepada timbulnya pelbagai-bagai penyakit kronik dan bagaimanakah untuk memperbaikinya
1200 – 1245 45 minit Bagaimanakah susunan DNA masing-masing mempengaruhi peluang mencapai kesejahteraan kesihatan dan bagaimanakah usaha yang dapat dilakukan oleh setiap individu di dalam mengubah ekspresi DNA (DNA Expression) agar tahap kesihatan dinaikkan dan penyakit dapat dijauhi
1245 – 1400 75 minit Rehat
1400 – 1500 60 minit Langkah-langkah dan kaedah-kaedah di dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan kesihatan dan memulihkan kembali daripada penyakit-penyakit kronik.
1500 – 1530 15 minit Melambatkan penuaan; Adakah ianya suatu realiti? Peranannya di dalam usaha mencapai kecemerlangan kesihatan. Bagaimanakah memperbaiki fungsi Telomere kromosom anda.
1530 – 1545 15 minit Rehat
1545 – 1615 30 minit Senaman: High Intensity Interval Training (HIIT)
1615 – 1630 15 minit Perbincangan dan majlis penutup


2) Medi-Ihsan Wellness Seminar Level 2


Program ini adalah sambungan daripada program Level 1. Di dalam program ini setiap isu di dalam Level 1 program di kembangkan lagi secara lebih terperinci. Seminar ini mengambil masa selama 2 hari. Ianya melibatkan aktiviti di dalam bilik syarahan dan aktiviti amali. Program ini juga akan memberikan penekanan khas di dalam usaha memulihkan kesihatan bagi pesakit-pesakit yang sedang mengidap penyakit-penyakit kronik.


Jadual bagi program ini belum siap lagi buat masa ini.

 

3) Medi-Ihsan Corporate Wellness Seminar

Program ini adalah merupakan program dalaman (in-house) yang di sesuaikan berdasarkan keinginan syarikat yang berkenaan.

 

Medi-Ihsan Wellness Seminar Level 1

Kuala Terengganu
Bulan September: 24hb September 2016 (Sabtu)
Bulan Oktober: 8hb Oktober 2016 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang
Yuran: RM250.00 seorang (satu hari)
Hubungi: En. Faiz 0139122013, En. Zahir 0139827874

Paka
Bulan September: 27hb September 2016 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang
Yuran: RM250.00 seorang (satu hari)
Hubungi: 0137928786 (Nor) / 0133157182 (Ain)