Selamat Datang

MEDI-IHSAN WELLNESS INITIATIVE

wellnessSecara kebiasaannya hanya badan yang sihat sahaja akan berupaya untuk menghadapi cabaran dari ancaman luar yang boleh mengganggu kesihatan. Badan yang sudah mengalami penyakit atau berada di dalam keadaan yang tidak sihat tidak berupaya untuk menghadapi sebarang stress yang sedemikian. Contoh-contoh ancaman luar ialah seperti jangkitan kuman, pendedahan kepada bahan kimia, radiasi dan sebagainya. Ketiadaan penyakit tidak bermakna kita benar-benar sihat dan dalam kesihatan yang cemerlang. Pemeriksaan kesihatan yang mendapati seseorang itu tidak mempunyai penyakit tidak bermakna kesemua organ di dalam badannya berfungsi dengan keadaan yang cemerlang dan bebas dari kemungkinan mengalami sebarang penyakit. Pada sesetengah keadaan organ itu sendiri berada di dalam keadaan yang tidak sihat, tetapi ujian makmal belum dapat mengesan kerana badan akan berusaha meningkatkan fungsi organ untuk mencapai tahap yang terbaik untuk badan. Suatu kaedah lain di dalam usaha untuk mengesan tahap kecemerlangan kesihatan dan berusaha meningkatkannya secara berterusan hendaklah dilakukan.

Inisiatif yang paling penting ialah di dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan agar setiap dari kita dapat memahami bagaimanakah badan kita berfungsi dan apakah yang telah kita lakukan yang mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan mula wujud di dalam diri kita.

Untuk tujuan itu, lapangkan masa untuk membaca maklumat yang terdapat di laman web ini.


Untuk mencapai ke webmail dalaman sila klik di sini