Kepentingan untuk memulihkan penyakit kronik

sick2Penyakit kronik adalah penyakit-penyakit yang terjadi di dalam tempoh yang panjang. Masa yang lama telah diambil untuk membentuk penyakit tersebut di dalam badan. Contoh penyakit kronik ialah seperti darah tinggi, diabetes, gout, obesiti, sakit jantung koronari (disebabkan masalah pada saluran darah yang membekalkan darah kepada tisu jantung), sakit sendi, kanser dan sebagainya. Di samping itu juga penyakit sebegini juga akan berada dalam tempoh yang lama pada seseorang.

Pada keadaan yang biasa pesakit-pesakit yang mengidap penyakit-penyakit ini akan menerima rawatan yang berpanjangan terhadap masalah yang dihadapi itu. Contohnya ialah bagi penyakit darah tinggi, ia akan menerima rawatan untuk menurunkan tekanan darah di dalam badannya. Cara tindakbalas ubat-ubatan tersebut adalah berbeza tetapi tujuannya adalah sama iaitu untuk menurunkan tekanan darahnya. Ada ubat yang menurunkan tekanan darah melalui kaedah meningkatkan pengeluaran air di dalam air kencing, ada yang bertindak dengan mengurangkan denyutan jantung agar keluaran jantung akan menjadi kurang, ada yang bertindak dengan menggalakkan pelebaran (vasodilatation) pembuluoh-pembuloh darah dan sebagainya. Begitu juga dengan pesakit diabetes. Rawatan yang diterimanya adalah bertujuan untuk mengurangkan kandungan gula di dalam darah. Ubat-ubatan yang diberikan mungkin bertindak dengan kaedah-kaedah yang berbeza tetapi semua menjurus kepada tujuan yang sama iaitu menurunkan kandungan gula di dalam darah. Ada ubat-ubatan yang bertindak dengan meransang kepekaan reseptor insulin pada dinding-dinding sel bada, ada yang bertindak dengan meransang pankreas untuk meningkatkan pengeluaran insulin, ada yang bertindak dengan mengurangkan penyerapan glukos kembali di dalam buah pinggang dan sebagainya.

A photo by freestocks.org. unsplash.com/photos/nss2eRzQwgwMenerima rawatan terhadap masalah kesihatan ini adalah penting dan pesakit hendaklah bekerjasama dan akur dalam mematuhi rawatan yang diberikan. Pada waktu yang sama perlu kita fahami bahwa memandangkan penyakit ini telah mengambil masa yang lama untuk terjadi, insyaAllah terdapat jalan dan kaedah untuk memulihkan kembali kesihatan itu sekiranya cara terjadinya penyakit-penyakit tersebut dapat kita fahami. Sebagai contoh, seseorang yang telah tersesat jalan di dalam hutan, ia tidak sepatutnya merasa selesa dengan  berada di tempat akhirnya itu dan hanya berusaha menyelesaikan masalah setempat seperti mencari tempat berteduh, mencari makanan dan sebagainya tetapi hendaklah berusaha untuk kembali ke tempat asal. Dia akan hanya dapat kembali ke tempat asal sekira dia faham di tempat manakah dalam perjalanannya tadi dia telah tersasar dan terpesong. Sekiranya dia menyedari keadaan sebenar kesesatannya itu barulah dia boleh berundur ke belakang dengan betul untuk mencapai ke tempat asalnya.

Justeru itu pelaburan yang utama yang perlu dilakukan oleh setiap pesakit  adalah untuk mempelajari secara mendalam bagaimanakah penyakit di dalam dirinya itu berlaku. Hanya dengan memahami proses kejadian itu dan tingkahlaku dan perbuatan yang menyumbang kepada kejadian itu barulah perancangan rapi boleh dibuat olehnya untuk memulihkan kembali kesihatannya. Apabila kesihatannya telah dipulihkan, ini secara langsung bermakna penyakit-penyakit yang ada padanya telah meninggalkannya. Apabila kita membawa cahaya, secara langsung kegelapan akan lari meninggalkan kita.

Secara asasnya pelbagai penyakit kronik ini terjadi kerana beberapa faktor yang berlaku di dalam badan secara individu atau serentak. Antaranya ialah:

1) Keradangan (inflamation) yang berterusan
2) Kegagalan dalam sistem pertahanan tubuh dan proses pendetoksifikasi (detoxification) di dalam badan
3) Ketidakpekaan sel-sel terhadap insulin
4) Metabolisma karbohidrat dan lemak yang tidak normal. Lemak terbentu dengan banyak di dalam badan dan di dalam hati.
5) Peningkatan asid urik – menyebabkan gout, meningkatkan keradangan badan, menyebabkan ketidakpekaan insulin, menurunkan tahap Nitric Oxide di dalam badan.
6) gangguan pada sistem hemostasis tekanan darah – contoh: nitric oxide berkurangan, homocysteine yang tinggi dan sebagainya.
7) Kekurangan vitamin dan garam galian yang sangat diperlukan oleh badan

Untuk membantu agar pesakit-pesakit dapat memperolehi ilmu yang mencukupi untuk membantu memulihkan kesihatan masing-masing pihak kami mengendalikan seminar kecemerlangan kesihatan secara berkala beberapa kali dalam sebulan. Mana-mana pesakit yang telah menghadiri seminar ini telah dapat membina hidup mereka dengan lebih tersusun berdasarkan ilmu yang telah mereka perolehi. Mereka mula mengubah suai perjalanan hidup mereka agar penyakit yang dihadapi dapat dipulihkan kembali dan masih berpeluang untuk mencapai tahap kesihatan yang terbaik.

Janganlah berputus asa. Walaupun anda mengidap penyakit diabetes, darah tinggi, gout, obesiti yang melampau dan sebagainya, anda masih berpeluang untuk kembali kepada kesihatan asal anda dengan menjalankan usaha yang betul dan seterusnya bertawakkal kepada Allah swt. 

Segala kandungan ilmu dan pembelajaran di dalam seminar yang diadakan adalah berdasarkan fakta-fakta sains, hasil kajian ilmiah yang tinggi dan penyelesaian secara “evidence-based”.

Maklumat mengenai seminar boleh didapati di sini.

Untuk maklumat seterusnya mengenai pemulihan penyakit kronik sila klik di sini