Kaedah untuk memulihkan penyakit kronik

ANTARA MASALAH KESIHATAN YANG AMAT KETARA MASAKINI

diabetes_blood

  • Obesiti
  • Darah Tinggi (Hypertension)
  • Kencing Manis (Diabetes Mellitus)
  • Gout
  • Sakit Jantung
  • Kegagalan buah pinggang
  • Stroke
  • Sakit Sendihypertension

 

  • Mudah mendapat kanser
  • Keletihan
  • Mati pucuk (Impotence)
  • Murung (Depression)
  • dan lain-lain

Kenapakah perkara ini berlaku. Kenapakah berlaku peningkatan kesemua penyakit-penyakit ini? Siapakah yang bertanggungjawab untuk berusaha mencegah penyakit ini berlaku pada diri kita? Doktor atau kita sendiri?

Jawapannya ialah KITA sendiri. Kita mampu untuk berusaha dengan betul untuk mengelakkan daripada menghidapi penyakit-penyakit ini atau memulihkan diri kita kembali selepas menghidapinya dan seterusnya bertawakkal.

Setiap penyakit ini melibatkan perubahan yang kompleks di dalam badan dan mempunyai kaitan antara satu sama lain. Justeru itu mengendalikan setiap penyakit hendaklah berbentuk menyeluruh kerana setiap penyakit memberikan kesan yang pelbagai di dalam badan. Contohnya bagi pesakit darah tinggi, sekadar merawat untuk menurunkan tekanan darah sahaja tidak memadai kerana terdapat pelbagai proses lain lagi yang masih berlaku di dalam badan yang mungkin tidak terkesan dengan penurunan tekanan darah.  Sebagai contoh, pesakit tersebut biasanya juga mempunyai kadar homocysteine yang tinggi, asid urik yang tinggi di dalam darah dan tahap ini tetap tidak terkesan dengan penurunan tekanan darah yang dilakukan terhadapnya. Manakala peningkatan homocysteine di dalam darah mempunyai banyak kesan yang buruk antaranya ia juga mempengaruhi di dalam memendekkan telomere di dalam kromosom – dikaitkan rapat dengan pencepatan proses ketuaan. Begitu juga bagi penyakit diabetes. Sekadar berjaya menurunkan tahap gula di dalam darah masih tidak mencukupi kerana terdapat pelbagai perubahan biokimia  lagi di dalam badan yang tidak terkesan dengan hanya penurunan tahap gula di dalam darah.

Usaha yang perlu dilakukan ialah untuk mewujudkan setiap sel di dalam badan kita dalam keadaan sihat walafiat. Apabila sel-sel kita dalam keadaan sihat, maka pada lazimnya tisu-tisu akan berada dalam keadaan sihat. Apabila tisu dalam keadaan sihat, maka organ-organ (Contoh: jantung, paru-paru, buah pinggang, hati dan lain-lain) akan berada dalam keadaan sihat. Apabila organ-organ dalam keadaan sihat maka sistem organ (sistem pernafasan, sistem kardiovascular, sistem saraf, sistem penghadaman dll.) dalam badan akan dapat berfungsi dalam keadaan yang cemerlang.

Pada masa dahulu Type II Diabetes jarang berlaku pada mereka yang berumur kurang dari 50 tahun. Pada ketika ini ianya telah berlaku di kalangan remaja dan kanak-kanak. CDC Amerika telah menjangkakan bahawa lebih dari 1 daripada 3 kanak-kanak yang dilahirkan pada tahun 2000 akan mengidapi penyakit Type II Diabetes ini.

Apakah punca permasalahan ini?

Punca utama adalah kaedah pemakanan yang telah berubah dan dilaksanakan dengan cara yang salah. Antara punca kesilapan di dalam kaedah pemakanan yang paling ketara ialah:

  • Makanan yang mempunyai ciri-ciri sebagai RACUN  dimakan dan diminum oleh setiap orang pada setiap hari.
  • Komposisi makanan yang silap. Tidak mengenali siapakah kawan dan siapakah lawan.
  • Cara dan kuantiti makanan yang silap

MAKANAN YANG MENYUMBANG KEPADA PERMASALAHAN INI

1) GULA (REFINED SUGAR)

sugar_poison

GULA PUTIH (REFINED SUGAR) ADALAH SESUATU YANG BARU

  • Sehingga ke kurun ke 18, gula adalah sesuatu yang mewah sehingga digelar “The White Gold”
  • Gula pertama yang direkodkan di England ialah dalam tahun 1100. Harga gula di London pada masa itu ialah US$100 sekilogram
  • Kilang memproses gula yang pertama di Eropah dibina di Germany pada tahun 1537
  • Kesan gula terhadap kesihatan masyarakat mula dilihat 150 tahun yang lalu

 

 

PENGGUNAAN GULA DI DALAM TEMPOH 300 TAHUN:

  • Dalam tahun 1700, purata seseorang mengambil gula sebanyak 1.8kg setahun.
  • Dalam tahun 1800, purata seseorang mengambil gula sebanyak 8.2kg setahun.
  • Dalam tahun 1900, purata seseorang mengambil gula sebanyak 40kg setahun.
  • Dalam tahun 2009, purata seseorang mengambil gula sebanyak 0.23kg sehari iaitu 82kg setahun.

Gula juga dikenali sebagai Sucrose ialah sejenis “disaccharide” yang terdiri daripada dua “monosaccharide” yang terikat di antara satu sama lain iaitu glukos dan fruktos.

sucrose

Glukos dan fruktos dalam keadaan terikat dengan pembahagian 50:50

Apabila gula telah dimakan atau minum oleh sesorang ia mula dihadamkan di dalam mulut dan di dalam usus kecil. Kedua-dua “monosaccharide” ini akan diserap di dinding usus ke dalam saluran darah yang akan membawanya ke hati. Setelah diserap kedua-dua mereka akan melalui kaedah pemprosesan yang berbeza.

Glukos adalah bahan yang akan digunakan oleh badan sebagai sumber tenaga. 80% daripada kandungan glukos yang diserap akan dihantar dan digunakan oleh organ-organ lain selain daripada hati seperti di otot-otot, otak dan sebagainya. 20% darinya akan dihantar ke hati untuk diproseskan oleh hati. Apabila tahap glukos di dalam darah telah berada pada paras yang tertentu, suatu ransangan akan dihantar kepada pankreas untuk mengeluarkan hormon insulin ke dalam darah. Hormon insulin akan bertindak pada reseptor insulin (insulin receptor) yang terdapat di sel-sel otot dan lain-lain serta sel-sel hati (liver). Peranan utama insulin ialah untuk meransang sel-sel ini untuk mengambil masuk glukos dan asid amino ke dalamnya (asid amino adalah unit yang paling kecil yang akan membentuk protein). Hasil dari tindakan insulin ini, kandungan glukos di dalam darah dapat dikurangkan, kandungan glukos di dalam sel menjadi tinggi supaya boleh digunakan oleh sel sebagai tenaga atau diproses untuk disimpan sebagai glikogen. Di dalam sel hati glukos juga boleh ditukarkan untuk disimpan sebagai lemak apabila kuantitinya adalah tinggi. Sekiranya kita kerap memakan gula atau apa-apa makan karbohidrat (karbohidrat akan dipecahkan menjadi glukos) 6-7 kali sehari maka badan kita akan meransang kenaikan insulin 6-7 kali sehari dan ini menjadikan tahap insulin yang berterusan tinggi berada di dalam badan kita. Paras insulin yang berterusan tinggi di dalam badan mempunyai kesan-kesan buruknya tersendiri.

Fruktos yang diserap ke dalam sistem darah tidak digunakan oleh badan sebagai sumber tenaga seperti glukos. 100% daripada fruktos dihantar ke hati(liver) untuk diproses. Proses metabolisma fruktos di hati adalah hampir sama dengan proses metabolisma arak (ethanol). Maklumat lanjut dan gambarajah mengenainya boleh di dapati di sini. Apa yang terhasil daripada metabolisma fruktos ini adalah menakutkan. Antaranya ialah:

1) Fruktos tidak disimpan sebagai glikogen tetap ditukarkan menjadi lemak. Lemak ini akan keluar dari sel hati dan di simpan di dalam badan khasnya di kawasan abdomen.
2) Proses penukaran fruktos kepada lemak ini menggunakan tenaga (dalam bentuk ATP) dan menghasilkan banyak ADP. Metabolisma ADP seterusnya menghasilkan kandungan asid urik yang tinggi di dalam badan. Kandunga asid urik yang tinggi boleh menyebabkan:

a) Penyakit Gout
b) Penyakit batu karang
c) Asid urik menghalang fungsi enzim Nitric Oxide Synthase menyebabkan penghasilan Nitric Oxide dari endothelium saluran darah terhalang. Kekurangan Nitric Oxide dikaitkan rapat dengan penyakit darah tinggi dan serangan sakit jantung.
d) Asid urik boleh menyebabkan ketidakpekaan sel kepada insulin (insulin resistance). Ini adalah suatu keadaan yang akan menjuruskan kepada pelbagai masalah khasnya penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus Type 2)
e) Asid urik juga menyebabkan keradangan (inflammation) kepada organ-organ di dalam badan. Keradangan di dalam saluran darah boleh membawa kepada masalah serangan sakit jantung atau stroke.

3) Fruktos tidak meransang hormon Leptin sebagaimana Glukos. Ransangan kepada hormon ini menimbulkan rasa kenyang dan akan menghalang kita untuk terus makan dan makan.

2) HIGH FRUCTOSE CORN SYRUP

High Fructose Corn Syrup (HFCS) adalah suatu sirap yang dihasilkan di US yang telah memajukan industri jagung mereka. Sirap ini telah diekspotkan ke seluruh dunia khasnya untuk digunakan oleh industri makanan. HFCS juga mengandungi Glukos dan Fruktos di dalam kadar campurannya yang berbeza-beza. Pada kebiasaanya ialah Glukos: Fruktos  45:55. Memandang kepada rasanya yang lebih manis dan harganya lebih murah maka ia lebih digemari oleh pengusaha industri makanan. Penggunaannya adalah amat berleluasa dan kita menggunakannya pada setiap hari. Untuk mengetahui apakah makanan atau minuman yang mengandunginya anda hanya perlu google High Fructose Corn Syrup ini dan paparkan imejnya. Anda akan terkejut kerana itulah makanan dan minuman kita setiap hari.

NS_S1_HFCS

(diambil dari http://naturallysavvy.com/)

3) TRANS FAT:

Lemak trans adalah lemak yang asalnya adalah lemak sayuran yang berbentuk cair. Pemprosesan kimia telah dilakukan dengan penambahan atom hidrogen pada molekulnya. Penambahan molekul hidrogen ini disebut sebagai proses hidrogenasi. Pada keadaan normal, struktur kimia lemak adalah di dalam bentuk “cis” tetapi proses hidrogenisasi ini telah menukarkannya kepada bentuk “trans”. Bentuk trans ini menjadikan lemak itu merbahaya untuk badan dan telah dikenalpasti untuk meningkatkan risiko perlbagai penyakit kepada pengambilnya.

cis and trans transfat_label
Susunan struktur lemak cis dan trans  Label pada makanan

Mengapa Perusahaan Makanan Suka Menggunakan Lemak Trans? 

  • Kerana mudah digunakan, murah, dan tahan lama. Lemak trans juga dapat meningkatkan tekstur dan citarasa makanan.

Trans Fat telah dikenalpasti sebagai antara penyebab utama penyakit jantung, darah tinggi, obesiti, kanser, stroke dan sebagainya.

transfat_food

Contoh makanan mengandungi trans fat.


Kesimpulan:  Tiga RACUN utama yang dimakan oleh setiap orang pada masa kini yang telah menyumbang kepada permasaalahan kesihatan yangs erius:

  • Gula
  • “High Fructose Corn Syrup
  • Trans Fat

Penyelesaian terhadap permasalahan penyakit kronik:

Langkah pertama:

HINDARKAN 3 RACUN UTAMA YANG TELAH MEROSAKKAN SETIAP SEL DI DALAM BADAN KITA

Langkah kedua:

Perbetulkan komposisi makanan. Maklumat seterusnya di sini.

Langkah ketiga:

Perbetulkan cara makan. Maklumat seterusnya di sini.

Langkah keempat:

Perbetulkan cara senaman. Maklumat seterusnya di sini.

Langkah kelima:

Perbetulkan minda. Maklumat seterusnya di dalam seminar yang diadakan.

Semua kaedah ini dihuraikan di dalam seminar kecemerlangan kesihatan “Medi-Ihsan Wellness Seminar Level 1”. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.