Mengenai Kami

Program Kecemerlangan Kesihatan ini adalah usahasama di antara Medi-Ihsan Sdn. Bhd. dan Medi-Ihsan Occupational Safety and Health Sdn. Bhd. Ianya terhasil akibat daripada perasaan prihatin dan kerisauan pihak kami terhadap taraf kesihatan yang semakin menurun di kalangan ahli masyarakat dari hari ke hari. Perkara ini diterukkan lagi apabila masyarakat khasnya mereka yang menghadapi masalah sedemikian tidak mempunyai kesedaran dan kefahaman terhadap masalah yang dihadapi, punca-puncanya dan kaedah memulihkannya kembali. Mereka meletakkan seratus peratus pengharapan kepada pengamal perubatan sama ada secara konvensyenal atau tardisional tanpa berusaha untuk memahaminya dengan sepenuhnya.