Kembali Muda

Setiap orang yang hidup akan menghadapi hari tua. Perasaan untuk menghadapi hari tua akan menghantui kita apabila memikirkan bahawa hari tua kita akan mengalami kekuatan yang makin kurang, penyakit yang makin bertambah, pergantungan kepada orang lain dan berkemungkinan akan menyusahkan ahli keluarga dan sebagainya. Orang tua dikaitkan rapat dengan penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, kurang pendengaran, sakit sendi, tidak dapat mengawal fungsi pundi kencing, kerapuhan tulang (osteoporosis) , penyakit Alzheimer’s dan sebagainya. Kita mungkin ada terfikir, adakah terdapat kemungkinan untuk menghadapi hari tua tetapi pada waktu yang sama memiliki kekuatan dan ciri-ciri fizikal seperti orang-orang yang masih muda. Ini merupakan hasrat ramai orang dan pelbagai kajian telah dibuat berasaskan kepada keinginan ini.

Badan kita mengalami proses pembaharuan, pembinaan sel-sel yang baru, pembaikan pada mana-mana bahagian yang rosak sepanjang hidup kita. Berdasarkan pada fakta ini sepatutnya kita akan terus berada dalam keadaan muda, tetapi ia tidak berlaku sedemikian. Kita semua menjadi semakin tua. Sehinggakan sel-sel yang baru terbentuk di dalam badan seseorang yang berumur 80 tahun boleh dikenali sebagai sel yang datang dari seseorang yang sudah lanjut usianya. Sel-sel yang baru dibuat ini dapat dilihat sebagai sel yang lebih tua dan berfungsi juga sebagai sel yang lebih tua berbanding dengan sel yang dibentuk dari seseorang yang muda. Bagaimanakah ini boleh berlaku?

Pada tahun 1990 Jurnal Nature telah mengeluarkan artikel mengenai sesuatu yang dipanggil telomere. Ini telah seterusnya mengubah kefahaman manusia mengenai proses ketuaan4. Di hujung pada setiap rantaian DNA terdapat bahan genetik yang dipanggil sebagai telomere. Telomere adalah bahagian dari kromosom kita yang mengawal tahap penuaan (aging) seseorang. Pada setiap kali sel terbahagi, telomere ini akan menjadi semakin pendek. Apabila telomere sudah tiada, sel tidak dapat membahagi lagi dan berakhirlah hayatnya pada ketika itu.

Kajian daripada Leonard Hayflick menunjukkan bahawa sel-sel membahagi sekitar 50 hingga 70 kali dan kemudian menjadi perlahan dan berhenti. Ini dipanggil sebagai “Hatflick Limit”1.

Seluruh kromosom terdapat sekitar 150 juta pasangan base (base pairs). Setiap kali kromosom membahagi, setiap sel kehilangan 30 hingga 200 pasangan base berkenaan. Telomere menjadi semakin pendek setiap kali pembahagian berlaku sehinggalah apabila terlalu pendek akan menyebabkan kematian sel.2 Generasi sel seterusnya memiliki telomere yang lebih pendek daripada telomere di dalam sel sebelumnya. Para penkaji boleh menentukan umur sel seseorang dengan mengukur panjang telomerenya. Sekarang telah diketahui punca dan bilakah sel akan berhenti dari membahagi lagi dengan melihat kepada telomere di dalam sel tersebut. Di samping itu apabila telomere menjadi semakin pendek, badan kita akan melahirkan sel-sel yang tua, lemah dan bermasalah. Semakin pendek telomere didapati semakin tua sel-sel badan walaupun umur sebenar individu tersebut masih belum setua itu. Kemampuan untuk menghasilkan hormon di dalam dirinya akan berkurangan serta kemampuan untuk mempertahankan badan daripada penyakit juga berkurangan. Dalam ertikata lain telomere seolah-olah memberi isyarat dan arahan kepada sel-sel untuk membina sel-sel yang bersesuaian dengan panjang telomere itu. Terdapat kaedah untuk berusaha bagi melambatkan proses pemendekan telomere di dalam diri kita.

telomere-adult

Kromosom orang dewasa

telomere-short

Telomere menjadi semakin pendek setelah mengalami replikasi beberapa kali

telomere-senescence

Sel yang tidak mampu menjalani replikasi lagi

Di dalam sel darah putih, panjang telomere ialah di antara 8,000 pasangan base (base pairs) pada bayi yang baru lahir, 3,000 pasangan base pada orang dewasa dan 1,500 pasangan base pada seseorang yang tua. Telomeres tidak menjadi pendek di dalam tisu di mana sel-selnya tidak berterusan membahagi seperti otot jantung.

Sejenis enzim bernama telomerase menambahkan “base” dihujung telomere agar sel-sel yang terhasil selepas membahagi tidak akan memiliki telomere yang terlalu pendek. Tetapi apabila sel membahagi dengan banyak telomerase tidak akan mencukupi, maka telomere pada sel-sel seterusnya menjadi semakin pendek.

Telomerase kekal aktif di dalam sel sperma dan telur (kaum wanita) yang akan diperturunkan kepada generasi berikutnya. Sekira sel-sel reproduktif ini tidak mengandungi telomerase untuk mengekalkan telomere dalam bentuk panjang yang optima, makhluk itu akan pupus dalam tempoh yang singkat.

Terdapat beberapa jenis zat-zat makanan yang didapati akan meningkatkan aktiviti telomerase di dalam diri seseorang.

Sebelum itu perlu kita ketahui apakah perkara yang boleh mempercepatkan proses pemendekan telomere di dalam badan kita. Kajian menunjukkan tahap homocysteine yang tinggi di dalam darah meningkatkan risiko seseorang untuk menghidapi penyakit jantung, penyakit Alzheimer’s, penyakit Parkinson, mengalami mati pucuk dan sebagainya. Ini adalah antara tanda bahawa proses ketuaan sedang berlaku dengan cepat. Kajian menunjukkan bahawa tahap homocysteine yang tinggi di dalam darah meningkatkan tiga kali ganda kadar proses pemendekan telomere. Ini bermakna ia menjadikan proses penuaan diri meningkat sebanyak tiga kali ganda3. Oleh itu adalah penting untuk anda mengetahui tahap homocysteine anda di dalam darah. Ujian ini terlalu mudah untuk dilakukan di mana-mana klinik kerajaan atau swasta. Sekiranya tahapnya adalah tinggi daripada normal, maka anda hendaklah lakukan sesuatu untuk menurunkan tahap itu kepada tahap yang normal. Tahap normal bagi setiap individu ialah 5 – 15 micromol/liter. Untuk menurunkan tahap homocysteine di dalam darah anda salah satu kaedah utama ialah dengan mengambil zat makanan yang mencukupi. Cara yang mudah adalah untuk anda mengambil suplimen berikut setiap hari dan seterusnya memeriksa tahap homocysteine ini pada masa yang berikutnya pula.

  • Vitamin B12 500 mcg
  • Folic Acid 800 mcg
  • Vitamin B6 25 mg
  • Riboflavin (B2) 25 mg
  • TMG (trimethylglycine) 500 mg

Walaupun tahap normal yang ditetapkan oleh pihak makmal sebagai 5 – 15 micromol/liter, data-data epidemiologi menunjukkan bahawa tahap homocysteine yang melebihi 6.3 micromol/liter menyebabkan peningkatan yang mendadak risiko serangan jantung (Jurnal The American Heart Association, Nov 15, 1995, 282530). Satu kajian menunjukkan bahawa setiap 3 unit peningkatan homocysteine adalah sama dengan peningkatan 35% kadar serangan jantung (myocardial infarction) (Ameriacan Journal of Epidemiology, 1996, 143[9]:84559).

Sekiranya anda menghadapi masalah ketinggian tahap homocysteine di dalam darah anda, adalah baik juga sekiranya anda menjalani ujian Personal DNA Profile . Di dalam DNA Profile peribadi anda ini sekiranya terdapat kelainan (variant) Single Nucleotide Polymorph (SNP) pada penanda genetik MTHFR-1, MTHFR-2, MTR dan MTRR maka anda akan lebih memahami bahawa masalah genetik di dalam diri anda yang telah menyumbang kepada permasalahan ini. Dengan itu anda dapat bertindak dengan lebih fokus untuk mengubah “genetic expression” agar masalah ini dapat diselesaikan.

Maklumat mengenai zat-zat makanan yang akan meningkatkan aktiviti telomerase ini diterangkan dengan terperinci di dalam Medi-Ihsan Wellness Seminar Level 1 yang di adakan pada setiap bulan.

1 Fossel M “Telomerase and the aging cell: implications for human health” Journal of the American Medical
Association June 3, 1998, pp. 1732-5

2 Zglinicki T, “Telomeres influencing the rate of aging.” Annals of the New York Academy of Science Nov 20,
1998, vol 854, pp. 318-27.

3 Xu et al. “Homocysteine accelerates endothelial cell senescence,” FEBS Letters 2000, vol 470, pp. 20-24.