Bahaya Gula

Perkara sebenar mengenai gula

Gula merupakan keperluan utama di dalam makanan dan minuman semua masyarakat di seluruh di dunia. Manusia tidak boleh membayangkan bagaimanakah boleh seseorang itu  hidup tanpa kehadiran gula. Ini adalah kerana gula telah diperkenalkan kepada kita sejak kecil dan segala makanan dan minuman yang diperkenalkan selepas itu juga mengandungi gula.

Kajian menunjukkan bahawa memakan makanan yang mengandungi paras gula yang tinggi  merupakan punca utama kenaikan masalah kegemukan atau obesiti (obesity) dan diabetes jenis 2 (Type 2 Diabetes) serta pelbagai penyakit kronik yang dikaitkan dengan keadaan ketidakpekaan insulin (insulin resistance) di dalam badan.

Sebagai contoh , berdasarkan kajian (1) yang dibentangkan di American Heart Association Scientific Sessions 2015, kanak-kanak gemuk yang serendah umur 8 tahun telah menunjukkan tanda-tanda sakit jantung dan punca utama ialah pengambilan gula yang berlebihan sejak dari kecil.

Di dalam program “The Truth About Sugar” yang disiarkan di BBC One membicarakan mengenai perkara ini. Tiga orang peserta di dalam program itu dapat mengurangkan 6 kilogram setiap seorang setelah mengurangkan pengambilan gula mereka daripada purata 23 hingga 39 sudu teh setiap hari kepada 6 sudu teh sebagaimana yang dicadangkan oleh World Health Organization (WHO).

Kajian (2,3,4,5) telah juga menunjukkan bahawa sekiranya pengambilan gula dikurangkan dengan ketara, pelbagai penanda tahap kesihatan (health biomarkers) dapat diperbaiki seawal tempoh 10 hari – walaupun jumlah pengiraan kalori dan peratus pengambilan karbohidrat tetap sama.

Apakah gula (refined sugar)

  • Sejenis karbohidrat berantai pendek, larut air dan manis yang dihasilkan daripada tebu atau sugar beet
  • Proses pembersihan (refining) menghasilkan gula putih yang diguna sekarang
  • Gula putih dipanggil sucrose
  • Sucrose terdiri dari dua jenis monosaccharide iaitu: glucose dan fructose (50:50) dalam keadaan terikat.

sucrose

Glukos dan fruktos berada di dalam keadaan terikat di dalam gula (sucrose)

Apakah yang berlaku setelah gula masuk ke dalam sistem pemakanan?

  • Glukos akan berpisah dengan fruktos
  • Kedua-duanya akan diserap ke dalam salur darah melalui dinding usus
  • Saluran darah “portal vein” ini membawa darah terus ke hati (liver)
  • Apabila berada di dalam salur darah, glukos dan fruktos akan diproses dengan keadaan yang sangat berbeza
  • Glukos diperlukan sebagai tenaga untuk sel-sel otot, otak dan sebagainya
  • Oleh itu 80% daripada glukos diproses di luar pada hati (liver) iaitu di otot-otot dan sel lain
  • Kehadiran glukos akan meningkatkan paras insulin
  • Insulin akan meransang untuk memasukkan glukos ke dalam sel-sel otot dan sel hati (liver)
  • Hanya 20% daripada glukos diproses di dalam hati

Glucose lustig1

Diambil dari kandungan syarahan Dr. Robert H. Lustig dan boleh didapati di https://www.youtube.com/watch?v=dBnniua6-oM&feature=youtu.be

Glukos adalah merupakan bahan utama yang digunakan oleh badan sebagai tenaga. Setiap sel di dalam badan memiliki pengangkut glukos (glucose transporter) (Glut1 sehingga Glut4 mewakili majoriti darinya) untuk mempermudahkan pergerakan glukos ke dalam sel untuk diguanakan sebagai tenaga. Daripada jumlah glukos yang diserap, 80% akan digunakan oleh organ-organ lain selain dari hati (liver). Hanya 20% akan memasuki hati melalui Glut2 transporter. Insulin akan melekat kepada “hepatic insulin receptor” dan seterusnya mengaktifkan “B-transcription transcription factor Akt”. Akt akan mengaktifkan 3 langkah khas yang dimulakan oleh insulin itu. Langkah pertama ialah fosforilasi (phosphorylation) “forkhead protein Foxo1 yang akan menurunkan atau menghambat proses gluconeogenesis (iatu proses penukaran protein kepada glukos) untuk mengekalkan kandungan glukos yang normal di dalam darah. Langkah kedua ialah peningkatan SREBP-1c,yang seterusnya meransang enzim glucokinase, menukarkan glukos kepada glucose-6-phosphate. Langkah ketiga ialah pengaktifan glycogen synthase kinase yang seterusnya mengaktifkan glycogen synthase. Majoriti dari glucose-6-phosphate adalah disimpan di dalam hati sebagai glycogen, iaitu bentuk simpanan karbohidrat. Hati boleh menyimpan glycogen dengan banyak tanpa menjejaskannya. Sebahagian kecil daripada glucose-6-phosphate akan dipecahkan melalui jalan glikolitik Embden-Meyerhoff untuk menghasilkan pyruvate. Pyruvate akan memasuki mitochondria dimana ia akan ditukarkan kepada acetylCoA. AcetylCoA akan seterusnya terlibat di dalam Krebs cycle untuk menghasilkan ATP iaitu bentuk tenaga yang akan digunakan oleh sel nanti.

Apakah berlaku kepada Fruktos

  • 100% Fruktos diproses di dalam hati (liver)
  • Fruktos tidak digunakan sebagai tenaga sebagaimana glukos
  • Kadar yang tinggi menjadikannya sebagai toksin kerana kerja hati (liver) adalah menukarkannya kepada lemak untuk disimpan di dalam badan
  • Kuantiti simpanan lemak yang tinggi meningkatkan keradangan (inflammation) di dalam badan. Ini boleh secara langsung mengakibatkan sakit jantung, saluran darah, stroke dan sebagainya.
  • Fruktos yang tinggi merosakkan hati (liver) dan menjadikannya tidak sensitif lagi terhadap insulin. Ini adalah merupakan penyumbang utama untuk pelbagai penyakit khasnya diabetes.
  • Metabolisma fruktos adalah hampir sama dengan ethanol (alkohol) menjadikan kesan jangka panjang fruktos hampir sama dengan kesan dari alkohol.
  • Fruktos tidak meransang rasa kenyang seperti glukos (tidak mengurangkan ghrelin dan tidak meransang leptin)
  • Fruktos menaikkan uric acid dan mengurangkan pembuangan (excretion) uric acid
  • Fruktos meningkatkan “inflammation” di dalam badan. Inflammation menjadi penyebab utama penyakit jantung, stroke dan sebagainya.

Fructose-liver

Diambil dari kandungan syarahan Dr. Robert H. Lustig dan boleh didapati di https://www.youtube.com/watch?v=dBnniua6-oM&feature=youtu.be

100% daripada fructose mengalami metabolisasi di hati (liver). Fructose menyebabkab “phosphate depletion” yang akan menyebabkan peningkatan asid urik dan menyumbang kepada darah tinggi melalui gangguan kepada penghasilan nitric oxide oleh sel-sel endothelial pembuluh darah. Fructose juga menyebabkan lipogenesis iaitu pembinaan lemak di dalam badan, pembentukan “droplet” lemak di dlam hati (liver), ketidakpekaan sel-sel otot terhadap insulin, aktivasi c-jun N-terminal kinase yang menyebabkan ketidakpekaan sel-sel hati terhadap insulin dan seterusnya menyebabkan berlakunya peningkatan tahap insulin di dalam darah (hyperinsulinemia). Ianya juga menyebabkan pertambahan “forkhead protein-1 (Foxo1) yang akan menyebabkan peningkatan gluconeogenesis dan seterusnya peningkatan gula di dalam darah (hyperglycemia). Peningkatan insulin (hyperinsulinemia) di dalam sistem saraf pusat akan memberikan kesan yang berlawanan dengan leptin yang akibatnya tidak menghilangkan rasa lapar dan menyebabkan pertambahan makanan ke dalam badan.

ACC – acetylCoA carboxylase. ACLadenosine triphosphate citrate lyase. ACSS2acyl-CoA synthetase short-chain family member 2. AMPadenosine monophosphate. ApoBapolipoprotein B. ChREBPcarbohydrate response element binding protein. CPT-1carnitine palmitoyl transferase-1. FASfatty acid synthase. FFAfree fatty acids. Glut 5glucose transporter 5. Glut2glucose transporter 2. Glut4glucose transporter 4. GNG gluconeogenesis. GSKglycogen synthase kinase. IRinsulin resistance. IRS-1insulin receptor substrate-1. LPLlipoprotein lipase. MKK7mitogen activated protein kinase kinase 7. MTPmicrosomal transfer protein. PFKphosphofructokinase. PGC-1peroxisome proliferator-activated receptor- coactivator-1. PI3Kphosphatidyl inositol-3-kinase. PKCprotein kinase C. PP2Aprotein phosphatase 2a. SREBP-1csterol regulatory element binding protein-1c. VLDLvery-low-density lipoprotein.

ethanol

Diambil dari kandungan syarahan Dr. Robert H. Lustig dan boleh didapati di https://www.youtube.com/watch?v=dBnniua6-oM&feature=youtu.be

Keburukan fruktos

  1. Fruktos hanya boleh diproses oleh hati (liver) dan tidak digunakan sebagai tenaga di dalam sel-sel badan. Ianya adalah sesuatu yang tidak digunakan oleh badan malah merupakan suatu racun apabila kandungan yang tinggi terdapat di dalam badan. Hati (liver) terpaksa bekerja keras untuk membersihkannya dari badan dengan menukarkannya kepada lemak (dengan menggunakan tenaga yang banyak) dan lemak ini disimpan di seluruh badan.
  1. Kandungan fruktos yang tinggi merosakkan hati (liver) dan menjadikannya tidak lagi peka kepada insulin (insulin resistant) dan menjadikan keadaan hati yang dipenuhi lemak (fatty liver). Kesan fruktos kepada hati adalah mirip kesan arak (etahnol) terhadap hati.
  1. Fruktos bertindakbalas dengan protein dan lemat tidak tepu (polyunsaturated fat) di dlam badan kita lebih dari glukos. Reaksi ini menghasilkan AGEs (advanced glycation end-products), yang mana merupakan bahan yang boleh menjadi berlakunya “oxidative damage” di dalam sel-sel dan seterusnya menyumbang kepada berlakunya keradangan dan punca kepada penyakit-penyakit kronik.
  1. Fruktos menyebabkan kenaikan paras asid urik yang mana boleh menyebabkan berlakunya gout, batu karang dan meningkatkan penyakit darah tinggi.
  1. Pada ketika sel-sel badan tidak boleh menggunakan fruktos sebagai bahan tenaga, bakteria di dalam usus dapat menggunakannya. Paras fruktos yang tinggi di dalam makanan boleh menyebabkan ketidakseimbangan flora, meransang permbiakan bakteria yang berlebihan dan pembiakan bakteria yang berbahaya.
  1. Kelebihan fruktos yang berpanjangan menyebabkan ketidakseimbangan metabolisma lemak (dyslipidemia) dan penyimpanan lemak yang berlebihan di dalam badan.
  1. Fruktos boleh menyebabkan ketidakpekaan leptin (leptin resistance). Leptin adalah hormon yang mengawal selera makan dan metabolisma untuk mengekalkan berat badan yang normal. Seseorang yang menghidapi masalah ketidakpekaan leptin ini biasanya akan mempunyai masalah berat badan dan menjadi obese degan mudah.
  1. Pengambilan fruktos yang berlebihan dikaitkan rapat dengan sindrom metabolik.
  1. Sel-sel kanser mengembang dan membiak dengan cepat dengan menggunakan fruktos sebagai sumber tenaganya.
  1. Penggunaan fruktos yang berlebihan memberikan kesan kepada fungsi otak. Ianya di dapati menjejaskan ingatan terhadap tikus yang diuji.

 

(1) Medical News Today November 11, 2015

(2) Obesity October 26, 2015 [Epub ahead of print]

(3) New York Times October 27, 2015

(4) Forbes October 27, 2015

(5) Medicinenet.com October 27, 2015

6 Sugarscience.org, 61 Names for Sugar

7 New York Times November 12, 2014

8 Time December 1, 2015

9 Sugarscience.org

 

10 PLOS One August 01, 2007, DOI: 10.1371/journal.pone.0000698