Komposisi Makanan

Pembahagian kandungan makanan

Kefahaman yang telah ada di kalangan ahli masyarakat pada ketika ini adalah untuk memakan makanan yang rendah lemak (dan tinggi karbohidrat). Dengan amalan ini diharapkan kadar kegemukan dan kekerapan penyakit kronik akan berkurangan di kalangan masyarakt. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, kadar kegemukan makin bertambah beserta dengan peningkatan pelbagai penyakit yang berbahaya. Kadar pengurangan lemak dalam makanan tidak menurunkan berat badan. Malah berat badan semakin meningkat.

calories-vs-obesity

 

 

 

Rajah ini menunjukkan walaupun kadar pengambilan lemak (kalori dari lemak) di USA makin berkurangan, kadar obesiti semakin meningkat. Rajah ini diambil dari kandungan syarahan Dr. Robert Lustig.

 

 

 

 

Pada hakikatnya pengambilan gula dan karbohidrat yang berlebihan yang telah meningkatkan berat badan dan penyakit-penyakit berbahaya ini. Kaedah bagaimanakah gula dan High Fructose Corn Syrup menyebabkan obesiti dan merosakkan badan boleh didapati di sini. Punca utama permasalahannya ialah kandungan fructose yang tinggi dan juga dibantu oleh kandungan glukos yang tinggi.

Kaedah piramid makanan yang diperkenalkan dari dulu tidak boleh digunapakai lagi.

piramid_makanan_kkm

Ini adalah piramid makanan yang masih digunapakai pada ketika ini. Di dalam rajah ini keutamaan diberikan kepada karbohidrat di mana dicadangkan untuk diambil 4 hingga 8 kali sehari. Pengambilan karbohidrat yang banyak dan secara berterusan  akan menyebabkan kadar glukos di dalam darah berada dalam keadaan tinggi yang berpanjangan. Setiap kali karbohidrat diambil dalam makanan pada masa itu juga insulin dikeluarkan oleh badan untuk memasukkan glukos yang terhasil ke dalam sel. Proses yang berterusan ini menyebabkan kandungan insulin di dalam darah akan berterusan di dalam keadaan tinggi. Keadaan tinggi insulin yang berpanjangan ini (persistent hyperinsulinemia) ini adalah merbahaya kepada badan dan boleh menjuruskan kepada pelbagai penyakit khasnya Diabetes Mellitus Type 2.

PANDUAN PIRAMID MAKANAN INI SUDAH TIDAK BOLEH DIGUNAPAKAI LAGI

Perkara yang seterusnya perlu diingat ialah badan memerlukan lemak untuk membolehkan proses metabolisma badan, menjadi struktur kepada badan, membantu pengurusan vitamin larut lemak dan sebagainya. Pengurangan pengambilan lemak boleh memudaratkan kesihatan. Ini memandangkan juga kerana terdapat asid lemak yang tidak dapat dibuat di dalam badan dan perlu untuk diambil dalam makanan

  • Omega-3 linolenic acid
  • Omega-6 linoleic acid

Kedua-dua ini dipanggil “essential fatty acids”

Begitu juga dengan protein. Terdapat 9 amino acids yang tidak dapat dibuat di dalam badan tetapi terpaksa diambil di dalam makanan. Sekiranya tidak diambil di dalam makanan boleh mengakibatkan penyakit yang serius. Senarainya adalah seperti berikut: histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan, and valine.

Kesemua mereka ini dipanggil sebagai “essential amino acids”.

Manakala bagi karbohidrat, tidak terdapat pula “essential monosaccharides” kerana glukos boleh dihasilkan di dalam badan melalui pelbagai proses seperti glycogenolysis, lipolysis, gluconeogenesis dans sebagainya. Kenapakah perlunya kita terlalu taksub untuk mengambil karbohidrat sehingga sampai 8 kali sehari. Badan telah menyediakan kaedahnya sendiri untuk mendapatkan glukos dari bahan-bahan lain untuk digunakan. Apatah lagi simpanannya di dalam badan kita melempah-lempah, dalam bentuk glikogen dan lemak.

Lemak tepu (saturated fat) (contoh di dalam lemak haiwan, minyak kelapa, santan dan sebagainya) telah diberikan label yang burok, biasanya ketika di dalam proses untuk memajukan dan meningkatkan jualan minyak-minyak sayuran yang merupakan minyak tidak tepu. Kajian menunjukkan penggunaan minyak tepu (saturated fat) tidak meningkatkan masalah penyakit kardiovascular sebagaimana yang ditakuti. Sila rujuk :

Salah satu panduan yang boleh digunapakai untuk menentukan komposisi makanan ialah seperti berikut:

Cenegenics_Food Diamond

Komposisi makanan ini adalah untuk orang yang sihat dan ingin meningkatkan tahap kesihatannya ke tahap yang cemerlang. Bagi mereka yang mengidapi penyakit tertentu seperti kegagalan buah pinggang, penyakit hati (liver) dan sebagainya, mereka perlukan nasihat doktor untuk mengubahsuai komposisi khas baginya.

Air adalah bahan yang paling penting untuk seorang manusia. Badan manusia terdiri dari 60% air, maka fungsi badan tidak dapat berfungsi dengan keadaan yang optima tanpa kehadiran air yang cukup di dalam badan. Wakaubagaimanapun bagi mereka yang mengidap penyakit tertentu seperti kegagalan buah pinggang dan kegagalan jantung pengambilan air hendaklah mengikut kadar yang dinasihatkan oleh doktor.

 

Tindakan yang perlu dilakukan berkaitan dengan komposisi makanan:

Penerangan terperinci mengenai komposisi makanan yang betul bagi mencapai tahap kesihatan yang cemerlang, memulihkan daripada penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetes, gout dan sebagainya serta mengembalikan kemudaan sel-sel badan terdapat di dalam Medi-Ihsan Wellness Seminar yang diadakan pada setiap bulan.

drdeen4