Minyak Kelapa

Asid lemak boleh diklasifikasikan mengikut panjang rantai karbonnya seperti berikut:

  • short chain fatty acids (SCFA) (< 6 atom karbon)
  • medium chain fatty acids (MCFA) (6 – 12 atom karbon)
  • long chain fatty acids (LCFA) (14 atau lebih atom karbon)

Ini adalah penting kerana saiz (panjang) rantai asid lemak mempengaruhi ciri-ciri kima dan fizikalnya.

Sebahagian besar lemak dan minyak yang dimakan setiap hari sama ada dari sumber tumbuhan atau haiwan adalah terdiri daripada long chain fatty acids (LCFA). Hakikat sebenarnya ialah lebih dari 98% apa yang dimakan oleh manusia ialah di dalam bentuk tersebut.

Minyak kelapa adalah sesuatu yang unik kerana kandungan utamanya ialah medium chain fatty acids (MCFA) dengan asid lauric mewakili sekitar 47% daripada kandungan minyak kelapa.

Long chain fatty acids (LCFA) tidak mudah diserap di dalam sistem penghadaman dan memerlukan enzim dari pankreas dan cecair hempedu untuk memecahkan sebelum diserap. Seterusnya LCFA di pakejkan di dalam benti kilomikron (chylomicrons) iaitu suatu lipoprotein yang mengankut lemak di dalam badan. Lipoprotein ini seterusnya diangkut melalui sistem limfatik sebelum memasuki sistem darah. Di dalam sistem darah ia menhantar komponen lemak ini ke pelbagai tisu termasuk tisu lemak, jantung dan tisu otot. Setelah ia selesai menghantar lemak-lemak ini, mana-mana yang tinggal kemudiannya akan dibawa ke hati (liver). DI hati ia memerlukan carnitine palmitoyl transferase (CPT) untuk memasukkannya ke dalam mitochondria untuk menghasilkan tenaga. Inilah caranya semua saturated fat, unsaturated fat dan kolesterol diangkut di dalam badan.

Medium chain fatty acids (MCFA) yang terdapat di dalam minyak kelapa diperoses dengan kaedah yang sangat berbeza. MCFA diserap melalui dinding usus secara langsung tanpa memerlukan enzim pankreas. Ini meringankan beban pankreas. Seterusnya MCFA memasuki saluran darah portal yang terus membawanya ke hati. Ianya terus dibawa masuk ke mitochondria tanpa memerlukan sistem carnitine palmitoyl transferase (CPT). MCFA terus dibawa ke hati untuk diproses menghasilkan tenaga. Ia tidak dipakejkan ke dalam bentuk lipoprotein dan tidak mengagihkan lemak-lemak ke tisu-tisu lain.

Fatty-Acid-Digestion-MCT1

Kesimpulan: MSFA menghasilkan tenaga secara sepenuhnya dan dengan segera manakala LCFA menghantar lemak ke pelbagai tempat di dalam badan (dan bakinya menghasilkan tenaga)

Minyak kelapa telah dianggap sesuatu yang merbahaya untuk sekian lama. Walhal pada hakikat yang sebenar, dan daripada kajian-kajian yang telah banyak dilakukan, minyak kelapa mempunyai khasiat yang terlalu banyak kepada kesihatan.

Kelebihan minyak kelapa

1.  Meningkatkan tenaga

2. Mengurangkan lemak di dalam badan (5)

3. Memelihara kesihatan jantung.  Kajian di dalam tahun 2010 yang dikeluarkan oleh The Journal of Neutraceuticals and Functional Foods mendapati bahawa MCT membantu untuk menghalang daripada sindrom metabolik (metabolic syndrome)

4. Terbukti Sebagai Rawatan Terhadap Penyakit Alzheimer’s

Metabolisma MCFA di hati menghasilkan ketone yang merupakan salah satu sumber tenaga yang boleh digunakan oleh otak. Ketone membekalkan tenaga kepada otak tanpa sebarang penggantungan kepada insulin. Kajian menunjukkan otak dan sistem saraf pusat mengeluarkan insulinnya sendiri untuk memproses glukos dan membekalkan tenaga kepada sel-sel otak. Memandangkan pesakit Alzheimer tidak berkemampuan untuk mengeluarkan insulinya sendiri, ketone yang terhasil dari minyak kelapa telah didapati mampu mengambil alih di dalam membekalkan tenaga kepada otak dan memulihkan kembali fungsi otak (1,2,3)

Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk’ yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.

5. Mengurangkan keradangan dan sakit pada sendi (arthritis) (6)

6. Mengurangkan selera makan (appetite suppressing effect)

7. Memelihara hati dari dirosakkan (4)

8. Menurunkan berat badan (7)

9. Lauric acid memiliki sifat antibacterial

10. Boleh bertahan dengan suhu yang tinggi tanpa mengalami perubahan pada struktur kimianya


1. Newport MT1, VanItallie TB2, Kashiwaya Y3, King MT4, Veech RL5. A new way to produce hyperketonemia: use of ketone ester in a case of Alzheimer’s disease. Alzheimers Dement. 2015 Jan;11(1):99-103. doi: 10.1016/j.jalz.2014.01.006. Epub 2014 Oct 7.
2. Nafar F1, Mearow KM1. Coconut oil attenuates the effects of amyloid-β on cortical neurons in vitro. J Alzheimers Dis. 2014;39(2):233-7. doi: 10.3233/JAD-131436.
3. Enrique Blázquez,1,2,3,* Esther Velázquez,1,2,3 Verónica Hurtado-Carneiro,1,2,3 and Juan Miguel Ruiz-Albusac1,2,3. Insulin in the Brain: Its Pathophysiological Implications for States Related with Central Insulin Resistance, Type 2 Diabetes and Alzheimer’s Disease. Front Endocrinol (Lausanne). 2014; 5: 161. Published online 2014 Oct 9. doi:  10.3389/fendo.2014.00161 PMCID: PMC4191295
4. Otuechere CA, Madarikan G, Simisola T, Bankole O, Osho A.Virgin coconut oil protects against liver damage in albino rats challenged with the anti-folate combination, trimethoprim-sulfamethoxazole. J Basic Clin Physiol Pharmacol. 2014 May 1;25(2):249-53. doi: 10.1515/jbcpp-2013-0059.
5. Tsuji H1, Kasai M, Takeuchi H, Nakamura M, Okazaki M, Kondo K. Dietary medium-chain triacylglycerols suppress accumulation of body fat in a double-blind, controlled trial in healthy men and women. 
J Nutr. 2001 Nov;131(11):2853-9.
6. Vysakh A1, Ratheesh M2, Rajmohanan TP3, Pramod C4, Premlal S5, Girish kumar B6, Sibi PI4.Polyphenolics isolated from virgin coconut oil inhibits adjuvant induced arthritis in rats through antioxidant and anti-inflammatory action. Int Immunopharmacol. 2014 May;20(1):124-30. doi: 10.1016/j.intimp.2014.02.026. Epub 2014 Mar 6.
7. Tianguang Lei, Weisheng Xie, Jianrong Han, Barbara E. Corkey. Medium-Chain Fatty Acids Attenuate Agonist-Stimulated Lipolysis, Mimicking the Effects of Starvation. Obesity Research Journal published a study from Boston University Medical School