Pemakanan yang betul

vitamin-dPemakanan yang baik adalah merupakan bahagian yang penting di dalam cara hidup yang sihat. Dengan disertakan aktiviti fizikal, corak pemakanan kita boleh membantu kita untuk mencapai kecemerlangan kesihatan dengan memiliki berat badan yang normal, mengurangkan risiko dihidapi penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes, sakit jantung, kanser dan sebagainya.

KESAN PEMAKANAN TERHADAP KESIHATAN

obeseCorak pemakanan yang tidak sihat telah menyumbang kepada epidemik penyakit obesiti di Amerika Syarikat: sekitar satu per-tiga (33.8%) daripada penduduk dewasa adalah mengidap penyakit obesiti manakala 17% (atau 12.5 juta) daripada kanak-kanak dan remaja yang berumur 2 – 19 tahun mengidap masalah obesiti(1).

Walaupun seseorang itu memiliki berat badan yang normal, pemakanan yang tidak sihat tetap mendedahkannya kepada risiko pelbagai penyakit seperti darah tinggi, diabetes type 2, gout, osteoporosis dan sebagainya. Dengan membuat pilihan yang betul, kita dapat mengelakkan diri kita daripada risiko sedemikian. Faktor-faktor risiko terhadap penyakit-penyakit orang dewasa ini mula dilihat di kalangan remaja dan kanak-kanak. Bilangan remaja dan kanak-kanak yang mengidap penyakit darah tinggi, obesiti dan diabetes type 2 di dapati makin meningkat hari demi hari. Punca utama permasalahan ini ialah corak pemakanan di kalangan kanak-kanak yang telah silap dan memudaratkan. Tabiat makanan yang telah diperkenalkan semasa kecil biasanya akan terus dibawa sehingga dewasa. Oleh itu mengajar mereka memakan makanan yang betul sejak dari kecil lagi akan membantu mereka untuk kekal sihat sehingga dewasa.

hfcsPerancangan untuk menentukan corak pemakanan hendaklah ringkas dan mudah difahami oleh semua orang. Ianya tidak memerlukan pengiraan yang rumit yang tidak dapat dilaksanakan oleh orang awam. Beberapa konsep berikut perlu diikuti.

1) Pengiraan corak pemakanan tidak memerlukan untuk kita untuk sepanjang masa membuat perkiraan kalori bagi setiap makanan. Keadaan sebenar yang berlaku di dalam badan apabila makanan memasuki badan kita tidaklah bergantung sepenuhnya kepada kandungan kalori sebagaimana yang difahami oleh sebahagian orang tetapi berdasarkan jenis kategori makanan masing-masing. Oleh itu, apa yang perlu dipelajari hanyalah sesuatu yang praktikal iaitu mengelaskan makanan kepada 3 kelas utama iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Sebagai contoh: nasi adalah karbohidrat, minyak masak adalah lemak. Sedikit kesukaran ialah apabila terdapat makanan yang mengandungi kesemua ketiga-tiga komponen atau dua di antaranya dalam keadaan bercampur. Sebenarnya ia tidaklah sesusah mana kerana semua maklumat pembahagian itu boleh didapati dengan mudah dari pelbagai sumber. Selepas itu dengan sedikit ilmu pengetahuan kita perlu mengenalinya dengan lebih mendalam seperti yang manakah lebih banyak fruktos, yang mana tiada fruktos, yang manakah mengandungi “essential amino acids”, yang manakah terdapat lemak Omega3 dan yang manakah Omega 6.
2) Faham mengenai makanan kategori manakah yang sihat dan bagaimanakah untuk menukarkan makanan yang tidak sihat kepada makanan yang sihat.
3) Memahami micronutrients (Vitamin dan zat galian) yang diperlukan dan makanan manakah yang membekalkannya.

healthy foods

Kesemua maklumat ini diterangkan di dalam Medi-Ihsan Wellness Seminar Level 1 yang dikendalikan.

Maklumat lanjut juga di dapati di dalam dokumen berikut:
1) Komposisi makanan yang betul
2) Bahaya gula
3) Cara pemakanan yang betul
4) Minyak kelapa

 

(1) Centers for Disease Control and Prevention. U.S. Obesity Trends. 2011. Available at:http://www.cdc.gov/obesity/data/trends.HTML