Vitamin D

Vitamin D

sick-images630x400Kekurangan Vitamin D adalah merupakan masalah kesihatan yang meluas di seluruh dunia. Kajian menunjukkan 50% masyarakat adalah kekurangan vitamin D. Vitamin D memberi kesan langsung kepada 900 gene lain dan oleh itu mempengaruhi fungsi fisiologi pada 900 atau lebih proses di dalam badan.

Vitamin D memain peranan penting di dalam memastikan pencapaian kesejahteraan kesihatan seseorang. Vitamin D diperolehi melalui pendedahan kepada cahaya matahari dan melalui diet. Diet yang mengandungi Vitamin D adalah seperti ikan-ikan yang berminyak (Salmon, Mackerel, Herring, Sardine).

Kajian mendapati bahawa kandungan Vitamin D adalah rendah pada ketika berlaku keradangan sistemik di dalam badan.

Faktor yang menambah risiko kekurangan Vitamin D ialah:

  1. Penghalang cahaya (sun screen)
  2. Kulit yang gelap
  3. Berumur ( > 70 tahun)
  4. Gemuk (Obese)

Kajian mendapati setiap peningkatan 1 unit BMI akan berkurangan 1.15% daripada 25(OH)Vitamin D.

Kekurangan vitamin D di dapati terlibat dalam keadaan berikut:

  • Alzheimer’s & Dementia
  • Autism
  • Autoimmune disorder
  • Kurang Kepadatan Tulang
  • Penyakit Kardiovaskular
  • Inflammatory Bowel Syndrome
  • Obesiti
  • Kesihatan Mental
  • Psoriasis 
  • Asthma
  • Kanser
  • Selsema
  • Cystic fibrosis
  • Kemurungan
  • Diabetes 1 and 2
  • Eczema, Psoriasis
  • Hearing loss
  • Heart disease
  • Hypertension
  • Infertility
  • Inflammatory Bowel Disease
  • Insomnia
  • Macular degeneration
  • Migraines
  • Multiple Sclerosis Crohn’s disease
  • Muscle pain
  • Osteoporosis
  • Periodontal disease
  • Pre eclampsia
  • Rheumatoid arthritis
  • Schizophrenia
  • Seizures
  • Septicemia
  • Signs of aging

Kekurangan vitamin D

sunMengesan kekurangan vitamin D melalui rungutan dan pemeriksaan fizikal sahaja amatlah sukar. Ini adalah kerana tanda-tanda adalah tidak jelas pada banyak keadaan. Rungutan yang mungkin wujud ialah seperti rasa mudah letih dan sakit-sakit badan.

Pada keadaan yang lebih teruk seseorang akan merasa kesakitan pada tulang-tulang dan keletihan yang melampau menyukarkannya untuk bergerak ke sana dan ke sini. Pada keadaan tertentu sesetengah dari mereka mudah dijangkiti kuman dengan berulang-ulang. 

Olehkerana itu, pemeriksaan tahap vitamin D di dlam darah adalah merupakan sesuatu yang penting untuk mengetahui  status sebenar tahap vitamin D di dalam badan.

Manfaat Vitamin D

vit-d-capsuleTerdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa menaikkan tahap vitamin D menurunkan risiko seseorang terhadap kanser, diabetes, sakit jantung dan penyakit-penyakit kronik yang lain.

Kajian selama empat tahun yang dibuat oleh  Creighton University mendapati pemberian vitamin D dan  kalsium dapat membantu mencegah dari 17 jenis kanser dan merendahkan risiko kanser secara keseluruhan sebanyak 77% (2)

Satu lagi kajian yang lebih menyeluruh telah dilakukan terhadap 27,000 pesakit di Intermountain Medical Center di Salt Lake City mendapati bahawa mereka yang memiliki tahap vitamin D paling rendah adalah 43% lebih bermeungkinan menghidapi penyakit jantung koronari berbanding dengan mereka yang memiliki tahap yang normal.(3)

Vitamin D juga diketahui membantu mengurangkan risiko penyakit Diabetes Type 1 dan Type 2 dan juga membantu menghalang daripada penyakit autoimun seperti multiple sclerosis dan rheumatoid arthritis.

Suatu kajian yang baru mendapati vitamin D mengikat secara langsung kepada DNA(4) dan meransang gene yang menghalang berlaku keradangan (inflammation) di dalam badan.

Daripada 10 punca kematian yang utama di Amerika Syarikat, keradangan kronik (chronic inflammation) menyumbang kepada sekurang-kurang tujuh darinya. Ini termasuklah sakit jantung, kanser, penyakit pernafasan bahagian bawah yang kronik (chronic lower respiratory disease), stroke, penyakit Alzheimer's, diabetes dan keradangan buah pinggang (nephritis).(5)

Tahap vitamin D di dalam darah adalah sebagaimana yang dinyatakan di bawah. (Nilai mengikut pelbagai organisasi di Amerika)

 
 

Vitamin D Council

Endocrine Society Food and Nutrition Board  Testing Laboratories
 Deficient 0-30 ng/ml
(0-75 nmol/l) 
0-20 ng/ml
(0-50 nmol/l) 
 0-11 ng/ml
(0-27.5 nmol/l)
0-31 ng/ml
(0-77.4 nmol/l)
Insufficient

31-39 ng/ml
(77-97 nmol/l)

21-29 ng/ml
(52.4-72.4 nmol/l)

12-20 ng/ml
(30-75 nmol/l)
   
Sufficient 40-80 ng/ml
(99.8 - 200 nmol/l)
30-100 ng/ml
(75-250 nmol/l)
>20 ng/ml
(>75 nmol/l)

 32-100 ng/ml
(80-250 nmol/l)

 
Toxic >150 ng/ml
(>374 nmol/l)
     

Akibat Kekurangan Vitamin D

  • Mereka yang memiliki tahap vitamin D yang rendah di dapati secara signifikan lebih ramai darinya mengidap kanser usus besar.(6)
  • Lebih dari separuh mereka yang menghadapai masalah tulang patah kerana osteoporosis memiliki tahap vitamin D yang rendah.(7)
  • 63% daripada pesakit Crohn's disease masih menghadapi masalah tahap vitamin D yang rendah walaupun 40% dari mereka mengambil suplemen.(8)
  • 96% daripada mereka yang menghidapai serangan jantung menghadapi masalah kekurangan vitamin D (vitamin D deficient). (9)

Satu kajian oleh University of California, San Diego School of Medicine dan Creighton University School of Medicine di Omaha, Nebraska mendapati seorang dewasa memerlukan antara 4,000 hingga 8,000 unit antarabangsa (IU) vitamin D3 setiap hari untuk mencegah kanser, multiple sclerosis dan diabetes Type 1.(10) 

Bagaimanakah untuk meningkatkan pengambilan vitamin D secara asli

vitamin-d

  • Mendedahkan diri kepada panas matahari. Dinasihatkan untuk terdedah kepada matahari 10 hingga 15 minit beberapa kali seminggu sekiranya tidak dapat berbuat demikian setiap hari. Ini adalah kaedah terbaik untuk badan mendapat vitamin D. Didapati dengan mendedahkan diri kepada cahaya matahari di tengah hari selama 10 minit boleh memberikan anda 10,000 IUs.
  • Ambil "cod liver oil". Ia membekalkan 1,360 IUs dengan satu sudu teh setiap hari.
  • Makan makanan yang kaya dengan vitamin D - ikan-ikan kecil seperti ikan bilis, "herring", sardin. Begitu juga susu, telur kuning, cendawan, ikan "mackerel" dan ikan tuna.
Food Food Amount Vitamin D
IU (International Units) /
% Recommended Daily Value
Cod Liver Oil 1 Tablespoon 1,360/340
Salmon 3.5 Ounces 400/100
Mackerel 3.5 Ounces 345/86
Sardines 1.75 Ounces 250/63
Tuna 3 Ounces 200/50
Egg 1 20/5
Beef Liver 3.5 Ounces 15/4

(Diambil dari Dr Josh Axe )

Perlu diingati, semasa mengambil suplemen vitamin D, elakkan dari mengambil ergocalciferol (D2) tetapi ambillah cholecalcifrol (D3)

1. Lindqvist PG, Epstein W, Nielsen K, Landin-Olsson M, Ingvar C, Olsson H. Avoidance of sun exposure as a risk factor for major causes of death. Journal of Internal Medicine. 16 Mar 2016; doi:10.1111/joim.12496.

2. Lappe, J.M., et al, “Vitamin D and calcium supplementation reduces cancer risk,” Am. J. Clin. Nutr. June 2007; 85(6):1586-91

3. “Vitamin D Shows Heart Benefits in Study,” NYTimes.com, 11/16/2009

4. Zhang Y, et. al. “Vitamin D Inhibits Monocyte/Macrophage Proinflammatory Cytokine Production by Targeting MAPK Phosphatase-1.”Journal of Imm, March 1, 2012; vol. 188 no. 5 2127-2135.

5. “Chronic Inflammation.” Life Extension Protocols. Retrieved March 5, 2012.

6. Jenab M, et. al. “Association between pre-diagnostic circulating vitamin D concentration and risk of colorectal cancer in European populations…” BMJ. 2010 Jan 21;340:b5500.

7. Bogoch E, Elliot-Gibson V, Wang R, Josse R.”Secondary Causes of Osteoporosis in Fracture Patients.” J Orthop Trauma. 2012 Feb 25.

8. Nic Suibhne T, Cox G, Healy M, O’Morain C, O’Sullivan M. “Vitamin D deficiency in Crohn’s disease: Prevalence, risk factors and supplement use in an outpatient setting.” J Crohns Colitis. 2012 Mar;6(2):182-8.

9. Lee J, Gadi R, Spertus J, Tang F, O’Keefe J. “Prevalence of vitamin D deficiency in patients with acute myocardial infarction.” Am J Cardiol. 2011 Jun 1;107(11):1636-8.

10. Garland CF1, French CB, Baggerly LL, Heaney RP. Vitamin D supplement doses and serum 25-hydroxyvitamin D in the range associated with cancer prevention. Anticancer Res. 2011 Feb;31(2):607-11.