Pembekalan produk

Sebahagian besar daripada langkah pemulihan kesihatan adalah dengan mengubah cara hidup khasnya dari aspek pemakanan dan aktiviti harian. Perubahan pada corak pemakanan boleh memberikan sumbangan yang besar kepada pemulihan kesihatan. Walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu, perubahan pada corak pemakanan sahaja belum mencukupi memandangkan ketidakcukupan zat-zat tertentu itu telah berpanjangan pada sekian lama dan telah mula menunjukkan kesan klinikal. Dalam kes sedemikian pengambilan bantuan makanan (supplement) adalah diperlukan memandangkan badan memerlukannya dengan segera bagi penyembuhan penyakit dan pembaikan kerosakan yang telah wujud di dalam badan. Pihak kami akan memberikan pedoman dan nasihat mengenai perkara ini dan pelanggan boleh mendapatkannya di mana-mana sahaja tempat yang diiktiraf. Walaubagaimanapun dalam kes-kes tertentu bahan tersebut sukar didapati, maka pihak kami akan membantu untuk mendapatkannya.