Pemeriksaan tahap kesihatan dan konsultansi

Pemeriksaan kesihatan yang dilakukan pada masa kini adalah lebih berorientasikan penentuan kehadiran penyakit atau tidak. Hasil pemeriksaan dan ujian makmal yang memaklumkan ketiadaan penyakit belum dapat memberikan gambaran sebenar tentang status kesihatan sebenar. Adakah kita berada dalam keadaan kecemerlangan kesihatan sebenar atau hanya menunggu masa untuk kedatangan penyakit-penyakit.

 

medical checkPemeriksaan tahap kesihatan yang dilakukan di sini akan melibatkan pemeriksaan berdasarkan penentuan tahap kesihatan dan bukannya hanya berdasarkan kehadiran penyakit semata-mata. Pemeriksaan klinikal akan mengambilkira penanda-penanda penting di dalam menentukan kriteria kecemerlangan kesihatan dan pemeriksaan makmal juga akan menilai penanda-penanda khas untuk tujuan yang sama.

Pelanggan yang menjalani pemeriksaan dan ujian ini akan diberikan penerangan agar sama-sama terlibat di dalam usaha memulihkan kesitahan diri masing-masing. Peranan utama adalah dimainkan oleh anda sendiri. Kami bertindak untuk membantu dan membuka jalan dan memberikan kefahaman kepada anda.

 

 

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila hubungi:

Dr. Liwauddin 0139289379
Dr. Hafiz 0139746903

Untuk membuat temujanji, anda boleh hubungi pusat yang berkaitan:

Bukit Payong: 096195697
Paka: 098273911