Pemulihan Penyakit

Anda atau keluarga anda mungkin ada yang mengidap penyakit-penyakit kronik seperti berikut: darah tinggi, kencing manis, obesiti, gout dan sebagainya. Janganlah kita berputus asa. Anda masih berpeluang untuk memulihkan kesihatan anda kepada asal sekiranya anda berusaha dengan penuh gigih dengan cara yang betul dan seterusnya berdoa dan bertawakkalh kepada Allah yang maha kuasa.

jungleKita seperti sedang berada di dalam satu perjalanan yang panjang. Sebagai contoh, seseorang yang sedang berjalan di dalam hutan yang tebal. Kerana sedikit kelalaian dan kealpaan tanpa  disedarinya dia telah terambil jalan yang salah dan telah tersesat makin jauh ke dalam hutan. Akibat dari kesesatan itu dia telah mengalami terlalu banyak kesukaran seperti kelaparan, kehausan, kepanasan atau kesejukan melampau, digigit serangga, ancaman binatang buas dan sebagainya. Seseorang yang bijak akan tetap berusaha untuk mencari jalan untuk pulan ke tempat asal. Segala usaha seperti mencari makanan dan air untuk minuman, memilih tempat tidur yang selamat dari binatang buas dan sebagainya adalah hanya merupakan usaha yang sementara. Adalah tidak betul sekiranya dia menganggap usaha mencari makanan, mencari tempat perlindungan dari binatang buas dan sebagainya itu sebagai sesuatu yang kekal dan dia akan berada disitu sampai mati. Dia berada selesa dengan keadaan itu dan tidak membuat usaha untuk mencari jalan pulang ke tempat asal. Walaubagaimanapun untuk mencari jalan pulang dia perlu mengetahu dipersimpangan manakah dia telah membuat kesilapan. Kalau dia telah tersilap membelok ke kiri maka untuk pulang balik ke tempat asal dia perlu membelok ke kanan.

Begitu juga dengan penghidupan ini. Kerana tersilap akibat dari kelalaian dan ketiadaan pengetahuan, kita telah mengubah cara hidup khasnya cara pemakanan dan aktiviti harian kita yang telah membawa kita menghidapi  penyakit-penyakit ini. Akibat dari penyakit-penyakit yang kita hidapi ini, kita mengalami pelbagai kesukaran dalam hidup seperti keletihan, tidak bertenaga, sakit kepala, sakit badan, gangguan penglihatan, gangguan saraf dan sebagainya. Setiap penyakit bertindak dengan keadaan yang sangat kompleks dan bukannya ringkas sebagai yang disangka. Sebagai contoh bagi seorang pesakit darah tinggi, masalah yang dihadapinya bukan hanya tekanan darahnya tinggi malah pelbagai lagi perkara lain yang terpisah dengan masalah tekanan darahnya. Maksudnya sekira kita berikhtiar untuk menurunkan tekanan darahnya kepada normal, masalah-masalah yang diakibatkan oleh tekanan darah akan hilang tetapi masalah lain yang berlaku serentak tetapi tidak dipengaruhi oleh tekanan darah tidak akan hilang dan akan terus membuat kerosakan pada badan. Sebagai contoh sekiranya bersama dengan darah tinggi itu juga terdapat peningkatan sejenis bahan bernama homocysteine, penurunan tekanan darah tidak akan menjejaskan status bahan ini di dalam darah. Homocysteine boleh menyebabkan pelbagai kerosakan di dalam badan sekiranya dibiarkan dalam keadaan sedemikian. Begitu juga ramai di kalangan pengidap penyakit darah tinggi mempunyai kadar nitric oxide yang rendah di dalam badan. Nitric oxide ini amat penting untuk memastikan struktur dan “tone” saluran darah dalam keadaan normal. Rawatan untuk mengurangkan tekanan darah sahaja tidak mempengaruhi tahap ini di dalam darah. Oleh itu, sepatutnya rawatan penurunan darah tinggi ini perlu diteruskan agar tahap tekanan darah dalam keadaan normal, tetapi pada waktu yang sama usaha hendaklah dibuat untuk kembalikan diri ke tahap kesihatan asal seseorang pesakit itu. Bagaimanakah cara untuk kembalikan kesihatan sedemikian. Perkara pertama ialah untuk belajar bagi memahami pada tahap manakah kesilapan telah dibuat yang menyebabkan kita telah menjemput penyakit ini datang kepada diri kita. Tanpa mengetahui asal usul dan keadah kedatangan penyakit ini, kita tidak akan berupaya untuk kembali ke tahap asal sebagaimana yang di inginkan.

Inilah antara tujuan seminar “Medi-Ihsan Wellness Seminar Level 1” di adakan.