Perkhidmatan Pemulihan Penyakit Kronik

Proses pemulihan penyakit kronik adalah merupakan suatu bentuk usaha untuk meningkatkan tahap kecemerlangan kesihatan. Apabila kesihatan telah pulih dan dalam keadaan yang terbaik dengan sendirinya penyakit dan kerosakan organ-organ di dalam badan yang berlaku akan mengalami pemulihan sedikit demi sedikit. Sekiranya belum ada kerosakan kekal yang berlaku pada organ-organ tersebut, InsyaAllah pembaikan akan berlaku.

Memandang pemulihan penyakit kronik adalah berbeza di antara satu jenis penyakit dengan penyakit yang lain serta daripada seorang dengan seorang yang lain, maka pemeriksaan dan pengurusan akan dilakukan secara khusus terhadap seseorang individu. Mereka yang menerima perkhidmatan ini akan meneruskan ubat-ubat dan rawatan yang digunakan untuk merawat penyakit berkenaan dengan diselia oleh pegawai perubatan yang berkelayakan. Hasrat sebenar ialah agar pada suatu masa nanti, pemulihan penyakit dapat berlaku dan individu tersebut dapat menjalani hidup yang normal tanpa pergantungan dengan ubat-ubatan lagi.

Untuk mendapat maklumat lanjut boleh hubungi:

Cawangan Paka

Dr. Hafiz 013-9746903
E-mail: drhafiz | at | miosh.com.my

Cawangan Kuala Terengganu/ Marang

Dr. Liwauddin 013-9289379
E-mail: drdeen | at | miosh.com.my