Keradangan (Inflammation)

KERADANGAN (INFLAMMATION)

swollen fingerKeradangan ialah suatu keadaan fizikal di mana sebahagian daripada anggota badan menjadi merah, membengkak, panas, sakit dan kehilangan fungsi yang pada kebiasaannya diakibatkan oleh kecederaan atau jangkitan (infection)

Keradangan adalah merupakan usaha badan untuk mempertahankan dirinya; tujuan adalah untuk menghapuskan perkara yang memudaratkan seperti sel-sel yang rosak, perkara-perkara dari luar yang merosakkan atau sebarang jangkitan dari luar dan badan memulakan proses penyembuhan.

Apabila sesuatu yang memudaratkan telah memberi kesan kepada badan, terdapat respons biologi yang akan cuba menghapuskan perkara yang memudaratkan itu dan inilah proses keradangan khasnya keradangan akut (acute inflammation) di mana badan cuba untuk membuat penyembuhan dengan segera.

Keradangan tidak semestinya bermakna terdapatnya jangkitan.  Keradangan ialah respons badan terhadapnya.

swollen toes

Keradangan terbahagi kepada:

(i) Keradangan Akut (Acute Inflammation)

Respons yang segera diikuti dengan penyembuhan. Dalam keadaan normal, ianya membantu badan untuk membuat penyembuhan dengan sendiri (contoh: kecederaan otot semasa bersukan). Biasanya ia semakin berkurang dari hari ke hari.

(ii) Keradangan Kronik

Tahap keradangan yang rendah tanpa penyembuhan. Tidak hilang dalam tempoh yang sekejap. Boleh menjurus kepada kesan yang lebih buruk (contoh: kekejangan yang kekal pada sendi, bengkak dan sakit yang berpanjangan). Ini adalah perkara yang berlaku dalam penyakit-penyakit seperti sakit jantung, obesiti, diabetes, Alzheimer’s dll.

KERADANGAN DAN OBESITI

Obesiti berlaku terhasil dari himpunan sel-sel lemak (tisu adipose). Tisu-tisu adipos adalah merupakan sumber utama penghasilan saitokin (cytokines) yang meransang berlakunya keradangan (pro-inflammatory) yang dipanggil “adipocytokines” atau “adipokines”.

Lemak di dalam abdomen (Visceral fat) menghasilkan sebahagian daripada adipokines seperti berikut:

• IL-6 (Interleukin-6) (33% daripada IL-6 di dalam darah boleh dihasilkan dari tisu adipose)
• TNF α
• Leptin
• Plasminogen Activator Inhibitor-1 (PAI-1)
• Angiotensinogen

Adipokines ini memain peranan penting di dalam penghasilan penyakit-penyakit yang dikenali sebagi sindrom metabolik.

inflammation-obesity

(Taken from Fitgenes Australia)

REF: Christopher J. Lyon,Ronald E. LawWilla A. Hsueh. Mini review: Adiposity, Inflammation and Atherogenesis. Endocrinology 2003; 144: 2195-2200

KERADANGAN DAN DIABETES

• Individu yang mengidap Diabetes Type 2 menunjukkan tanda-tanda keradangan beberapa tahun sebelum bermulanya penyakit Diabetes mereka
• Dua jenis “markers” yang menunjukkan keradangan sistemik didapati menjadi penanda yang ketara terhadap risiko Diabetes Type 2 (CRP dan IL-6)
• CRP merupakan penanda yang penting di dalam menjangkakan kemungkinan mengidap Diabetes Type 2

REFS:
Kristiansen OP,Mandrup-PoulsenT. Interleukin-6 and diabetes: the good, the bad, or the indifferent? Diabetes.2005 Dec;54 Suppl2:S114-24.
ArunaD. Pradhan, MD, MPH; JoAnn E. Manson, MD, DrPH; Nader Rifai, PhD; et al. C-Reactive Protein, Interleukin 6, and Risk of Developing Type 2 Diabetes MellitusJAMA. 2001;286(3):327-334.

• Tahap CRP juga merupakan penanda yang penting di dalam menjangkakan obesiti terutamanya obesiti di tengah (central obesity)

REF: ArunaD. Pradhan, MD, MPH; JoAnn E. Manson, MD, Dr PH; Nader Rifai, PhD; et al. C-Reactive Protein, Interleukin 6, and Risk of Developing Type 2 Diabetes MellitusJAMA. 2001;286(3):327-334

KERADANGAN DAN PENYAKIT KARDIOVASKULAR (JANTUNG DAN SALURAN DARAH)

• CRP merupakan petanda penting bagi penyakit Kardiovaskular
• Apabila CRP > 3 mg/L berbanding dengan CRP < 3 mg/L:
o Kadar risiko penyakit jantung (IHD) naik 2.2 kali ganda
o Kadar risiko stroke (cerebrovascular disease) naik 1.6 kali ganda

Cara utama untuk mengurangkan keradangan di dalam badan ialah melalui pemakanan dan pembetulan cara penghidupan. Perkara ini diterangkan lebih mendalam di dalam Medi-Ihsan Wellness Seminar Level 1 yang diadakan pada setiap bulan.

Salah satu cara untuk mengurangkan paras CRP di dalam darah ialah melalui senaman. Kajian menunjukkan seseorang yang bergerak daripada keadaan berbaring di kerusi kepada senaman berupaya menurunkan tahap CRP sehingga sebanyak 30%(1). Untuk mendapat manfaat maksima di dalam tempoh yang singkat, kita hendaklah melakukan senaman dengan efektif. 

Kaedah yang terbaik ialah dengan melakukan senaman berintensiti tinggi dengan tempoh rehat yang sebentar (High Intensity Interval Training -HIIT) dan bukannya senaman yang panjang dan meletihkan. Sekiranya ingin mencuba anda boleh lakukan contoh yang sedemikian (walaubagaimanapun dapatkan nasihat doktor anda dahulu sekiranya anda telah lama tidak menjalani senaman dan menghidap penyakit tertentu):

  1. Daripada anda berbasikal atau berjalan di atas “treadmill” dengan perlahan, lebih baik anda naikkan kekuatan (intensiti) senaman itu 80% untuk tempoh maksima 2 minit.
  2. Rehat untuk 1 minit
  3. Naikkan kepada 90% untuk 2 minit seterusnya
  4. Rehat 1 minit
  5. Naikkan kepada 100% untuk 1 minit seterusnya
  6. Pemulihan

Ini adalah contoh senaman yang anda boleh lakukan. Berintensiti tinggi untuk tempoh sebentar dan kemudian rehat. Ulangi lagi dengan meningkatkan intensiti untuk tempoh sebentar dan kemudian rehat. Anda hanya perlu lakukan senaman seumpama ini sekitar 10 hingga 15 minit sehari selama 6 hari seminggu. Latihan seumpama ini akan menghancurkan lemak semasa anda rehat dan ianya akan membina kekuatan jantung dan peru-paru anda (dan mengurangkan keradangan) dengan lebih cepat.

1. Church T, Barlow CE, Earnest CP, et.al. Association between cardiorespiratory fitness and C-reactive protein in men. Arteriosclerosis and Thrombosis: Journal of Vascular Biology, 2002 Nov 1;22(11):1869-1879.