Ketirisan Usus

KETIRISAN USUS

Sebagaimana kulit merupakan lapisan badan yang berinteraksi dengan persekitaran, begitu juga lapisan dalaman dinding usus juga berinteraksi dengan alam persekitaran. Kesan interaksi ini adalah lebih signifikan kepada badan kita kerana luas permukaan (surface area) dinding usus adalah 200 kali ganda lebih dari luas permukaan kulit kita. Dinding usus ini berada dalam keadaan bersentuhan dengan zat-zat makanan begitu juga sentiasa bersentuhan dengan racun, bakteria, virus, fungus, bahan kimia, ubat-ubatan dan sebagainya. Lantaran itu tugasnya amat berat di mana segala bahan-bahan bermanfaat akan diambil dan digunakan manakala pada waktu yang sama segala perkara yang memudaratkan perlu dihindarkan.

Di dalam usus yang sihat terdapat bakteria-bakteria yang baik yang membantu penghadaman, menghasilkan vitamin, membantu mewujudkan dinding usus yang sihat dan memastikan mikroorganisma yang merbahaya dihalang daripada memudaratakan badan.

Usus yang sihat akan berkeadaan seperti berikut:

  • Semua makanan dapat dihadamkan kepada zat-zat makanan dengan sempurna
  • Lapisan penghadaman usus berada dalam keadaan baik di mana zat-zat makanan dapat diserap dengan sempurna dan pada waktu yang sama menghalang daripada penyerapan partikel-partikel besar makanan yang tidak dihadam dengan sempurna, bakteri, kulat dan parasit.
  • Sistem imun yang berkaitan dengan usus hanya diaktifkan apabila perlu dan tidak dalam keadaan terlebih aktif (overstimulated)

Usus mempunyai lima tugas utama:

  • Penghadaman makanan
  • Penyerapan zat makanan
  • Penyelanggaraan lapisan imun daripada gangguan yang datang dari dunia luar
  • Hubungan simbiotik dengan bakteria-bakteria yang baik
  • Detoksifikasi – ini termasuklah penghapusan sisa-sisa dan racun dari badan

Sebaik sahaja kita dilahirkan, bakteria daripada saluran peranakan ibu kita telah mula menetap (colonized) pada badan kita sama ada pada kulit, usus dan saluran pernafasan atas kita. Seterusnya pendedahan kita kepada alam sekitar meningkatkan lagi kehadiran bakteria-bakteria ini. Bakteria jenis apa yang menetap pada badan kita ditentukan oleh cara hidup kita, jenis makanan yang kita makan dan antibiotik yang kita guna.

Malangnya kaedah pemakanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi, makan-makanan yang diproses, perisa makanan dan sebagainya menggalakkan pembiakan bakteria dan kulat yang merbahaya kepada badan. Sebahagian besar simptom badan seperti sakit kepala yang berulang, alergik, penyakit auto-imun, peningkatan berat badan, jerawat, sakit kulit, jangkitan kulat yang berulang, ketidkseimbangan hormon, keletihan dan sebagainya boleh dikaitkan dengan kesihatan dan keadaan di dalam usus.

 

FAKTA MENGENAI MIKROBIOME (BAKTERIA DAN MIKROB YANG LAIN)

DI DALAM USUS

 

·      Terdapat   10 kali ganda sel-sel mikrobial pada badan kita berbanding dengan sel-sel kita sendiri

·      Mikrobioma (segala organisma micro) di dalam usus mengandungi 150 kali ganda “genes” berbanda dengan kandungan dalam badan manusia itu sendiri

 

Usus berada dalam keadaan tidak sihat apabila seseorang sentiasa dalam keadaan stress. Keadaan diri yang mengalami stress yang berpanjangan boleh menukar keseimbangan bakteria baik di dalam usus dan menjadikan kehadiran bakteria merbahaya lebih tinggi dari bakteria yang bermanfaat.

Begitu juga dengan penggunaan antibiotik yang berpanjangan. Antibiotik akan membunuh bakteria dan juga menghasilkan bakteria yang resisten (than lasak) terhadap antibiotik. Setiap kali kita mengambil antibiotik kandungan hidupan di dalam usus kita akan bertukar. Apabila keadaan ini ditambah pula dengan pengambilan makanan yang tidak betul maka berlakulah sysbiosis iaitu ketidakseimbangan di antara bakteria yang bermanfaat dan baketria yang mudarat.

BAGAIMANA DYSBIOSIS (KETIDAKSEIMBANGAN MICROBIOTA) MENYEBABKAN PENYAKIT

Ketirisan yang berlaku mendedahkan badan kepada molekul protein yang separa hadam. Badan tidak mengenali bahan ini dan mula menyerangnya. Ini mewujudkan keadaan allergi kepada makanan tertentu. Seseorang tidak mengetahui keadaan ini berlaku dalam dirinya. Ia boleh berlaku dalam bentuk gatal pada kulit, tindakbalas allergi yang lebih teruk, selsema atau bersin yang berterusan, migrain yang berpanjangan dan sebagainya.

Punca ketirisan usus:

  • Pemakanan yang salah
  • Stress
  • Bakteria mudarat mengatasi bakteria bermanfaat
  • Keradangan sistem seluruh badan
  • Kekurangan asid perut
  • Pendedahan kepada toksin (contoh: racun serangga dsb)
  • Ubat tahan sakit (NSAIDs)
  • Antibiotic

Simptom utama pengaktifan proses autoimun:

  • Bloating
  • Tidak hadam makanan
  • Sembelit/ Ceret beret
  • Keletihan
  • Kenaikan berat badan
  • Migrain

healthyleakygut