Lemak & Kolesterol – Kefahaman yang perlu diperbetulkan – Bahagian 1

Mitos dan salahfaham mengenai kolesterol

Badan kita adalah merupakan sesuatu yang kompleks di mana terdapat beribu-ribu atau beratus-ratus ribu proses berjalan serentak pada setiap masa. Apabila kita memakan lemak, adalah salah untuk menganggap bahawa lemak itu akan melekat pada salur darah kita sebagaimana kekotoran atau minyak melekat pada paip buangan air. Sekiranya itu yang berlaku, kita akan meninggal dunia dalam beberapa hari sahaja selepas memakan apa-apa sahaja.  Badan kita menyerap lemak yang kita makan melalui pelbagai proses. Lemak biasa yang diserap akan diliputi oleh protein (kombinasi ini dipanggil sebagai lipoprotein) dan seterusnya diserap ke dalam sistem limfatik. Melalui sistem limfatik ini, lipoprotein ini akan memasuki saluran darah dan boleh pergi ke seluruh badan dan seterusnya ke hati. Lemak ini digunakan untuk tenaga yang segera sekiranya perlu dan bakinya digunakan untuk membantu dalam pembinaan struktur badan kita seperti otak ( dimana 60% darinya adalah lemak), kulit, saraf, hormon dan untuk menyempurnakan struktur selaput sel-sel badan yang berjumlah 100 trillion di dalam badan kita. Lemak rantai sederhana (Medium chain fatty acids) seperti yang terdapat di dalam minyak kelapa tidak memerlukan enzim untuk penghazamannya dan juga tidak memerlukan protein untuk mengangkutnya. Lemak ini diserap terus ke dalam salur darah dan dihantar terus ke hati untuk penghasilan tenaga apabila perlu.

image007

Gambar ini menunjukkan struktur dinding kepada sel di dalam badan kita. Dinding sel badan kita terdiri daripada lemak dan diselangi oleh protein. Tidak pula terdapat karbohidrat digunakan di dalam struktur dinding 100 trillion sel di dalam badan kita. Kerana struktur dinding sel badan kita sebegini, maka apabila badan kita terkena air, air tidak dapat masuk dan badan kita tidak menjadi rosak. Begitu juga apabila badan kita terkena bahan kimia larut lemak (contoh: thinner, minyak diesel dsb.) bahan kimia itu boleh terus memasuki badan kita.

Oleh itu lemak adalah merupakan komponen yang sangat penting bagi badan kita. Ianya bukan musoh bagi kita. Salahfaham ini perlu diperbetulkan segera. Daripada lemak yang digunakan sebagai dinding sel, 25-30% darinya ialah dari lemak “polyunsaturated” (Essential Fatty Acids – EFAs) dan lemak tepu (saturated fat). Minyak tepu telah secara silap dilabelkan sebagai sesuatu yang “merbahaya” sejak 5 dekad yang lalu. Lemak tepu mengekalkan kekuatan struktur sel, menghalang perkara yang merbahaya dan kekotoran daripada memasuki sel dan memelihara lemak “polyunsaturated” (EFAs) yang halus dan mudah rosak itu. Lemak-lemak ini mempunyai struktur molekulnya (molecular structure) tersendiri. Perubahan kepada struktur molekul inilah yang menentukan bahawa lemak itu bermanfaat atau merbahaya. Masalahnya adalah apabila manusia mengambil lemak yang telah diubahsuai khasnya lemak trans (trans-fats) atau sebarang perubahan lain kepada lemak akibat tindakan pemperoses makan (khasnya terdapat di dalam makanan proses yang dikatakan sebagai makanan rendah lemak).

trans-fat-structure

Lemak trans terjadi akibat pemprosesan lemak agar menjadi lebih tahan lama, lazat dan mudah digunakan untuk masakan. Atom Hidrogen diletakkan di lokasi yang berlainan dengan struktur lemak asli. Struktur lemak asli dipanggil sebagai struktur “Cis”.

Masalah utama ialah kerana badan tidak dapat membezakan di antara struktur “Cis” (struktur di dalam sebahagian besar lemak asli) dan struktur “Trans”. Dengan itu badan mengambilnya untuk dijadikan struktur dalam badan dan untuk menjadi bahan bagi operasi biologi di dalam badan. Masalahnya hanya disedari apabila struktur atau proses biologi di dalam badan tidak dapat beroperasi seperti biasa apabila diperlukan kerana ketidakcekapan dan kesilapan berlaku akibat dari bahan struktur yang silap dan membahayakan. Kajian telah menunjukkan dengan jelas bahawa penggunaan lemak trans telah dikaitkan rapat dengan pelbagai penyakit seperti keradangan yang banyak di dalam badan, darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, stroke, kanser dan sebagainya. Contoh lemak trans ialah minyak sayuran yang diproses menjadi bahan yang digunakan dalama masakan (contoh: marjerin)transfat_food

Contoh makanan mengandungi lemak trans 

“Minyak tepu (saturated fat) dan kolesterol di dalam diet adalah bukan merupakan penyebab penyakit jantung koronari (coronary heart disease). Mitos yang mengatakan bahawa mereka merupakan penyebab utama itu adalah merupakan penipuan saintifik yang terbesar pada abad ini, dan berkemungkinan mana-mana abad.” – George V. Mann, M.D. Professor of Biochemistry and Medicine

Tajuk di bahagian 2 nanti – Kolesterol – salahfaham yang perlu diperbetulkan