Lemak & Kolesterol – Kefahaman yang perlu diperbetulkan – Bahagian 2

 

cholesterol_structure1Kolesterol adalah merupakan sejenis steroid. “Chol” = hempedu (bile) “Sterol” = steroid. Steroid termasuk dalam golongan dan pelbagai kumpulan bahan kimia yang dihasilkan oleh badan secara asal (naturally produced). Kolesterol adalah steroid yang paling banyak terdapat di dalam badan dan digunakan sebagai bahan binaan (building blocks) untuk selaput sel, mengekalkan sel yang sihat, sebagai pembantu di dalam proses pencernaan dan sebagai bahan di dalam pembuatan hormon-hormon(1). Kolesterol adalah merupakan bahan seperti lilin (waxy-substance) yang berlaku secara “natural” dihasilkan oleh semua haiwan semasa proses metabolik mereka yang normal.

 

 

Fakta-fakta penting mengenai kolesterol:

  • Kolesterol dihasilkan dengan kuantiti yang banyak di dalam badan berbanding dengan bahan-bahan lain
  • Semua sel mengandunginya dan semua tisu membuatnya
  • Kolesterol adalah sesuatu yang sangat diperlukan, oleh itu setiap sel mengawal paras di dalamnya sendiri
  • Kolesterol menjadikan selaput sel keteguhan dan kekuatannya
  • Kolesterol meningkatkan kecekapan sifat ketelusan-pertahanan sel (permeability-barrier properties) pada lapisan “lipid bi-layer” selaput sel(2). Ini bermakna zat makanan akan masuk ke dalam sel dan kekotoran dan perkara yang mebahayakan tidak dapat masuk. Ini adalah amat penting bagi memastikan sel dapat berfungsi dengan baik.
  • Tulang akan menjadi berlubang dan mudah hancur (brittle) sekiranya tidak kerana kolesterol
  • Kolesterol mempunyai peranan besar di dalam otak kerana didapati terdapat dalam konsentrasi yang tinggi di sana.
  • Kolesterol membolehkan impuls saraf berfungsi
  • Vitamin D terhasil akibat interaksi di antara pancaran matahari dan kolesterol
  • Cecair hempedu terhasil dari kolesterol. Tanpa cairan hempedu, penyerapan vitamin larut lemak (Vitamin A, D, E, K) akan terganggu.
  • Kolesterol diperlukan supaya hati dan usus berfunsi dengan betul
  • Kolesterol memelihara kulit daripada penyerapan toksin larut air.
  • Kolesterol memegang kelembapan pada kulit agar kita tidak akan kekeringan.

Peranan Kolesterol di dalam Badan

dna1Peranan kolesterol di dalam badan adalah terlalu besar. Tanpanya manusia tidak dapat hidup. Kolesterol menjadikan sel dan tisu bersifat fleksibel. Selaput sel terbina dengan kolesterol, lemak dan protein. Selaput ini mempunyai sifat-sifat yang tersendiri di mana zat-zat makanan dan hormon dapat menembusinya manakala toksin dan sisa-sisa buangan tidak dapat memasukinya.  Lebih dari 90 peratus kolesterol terdapat di dalam tisu. Sekiranya kandungan kolesterol di selaput sel tidak mencukupi, keteguhannya akan hilang dan selaput itu akan berkembang ke luar (menggelembung) akibat dari tekanan dari dalam dan boleh seterusnya menyebabkan kehancuran sel (3).

Kolesterol bertindak sebagai bahan mentah untuk badan membina hormon-hormon yang mana tanpa hormon-hormon ini kita tidak akan dapat hidup. Antaranya ialah seperti testosterone, estrogen, progesterone, dan cortisone (4). Sekiranya anda menghadapi masalah hormone, ada kemungkinan anda menghadapi masalah kekurangan atau gangguan dalam metabolisma kolesterol.

Di manakah Terdapatnya Kolesterol?

brain-463835Sel-sel otak adalah kaya dengan kolesterol. 7% dari beratnya adalah kolesterol. Walaupun berat otak cuma sekitar 2-3% daripada berat badan seseorang, 25% daripada kolesterol yang ada di dalam badan didapati berada di dalam otak(6).  Dalam satu kajian di kalangan orang-orang tua, didapati fungsi ingatan  yang terbaik (best memory function) didapati di kalangan mereka yang mempunyai tahap kolesterol yang tertinggi. Paras kolesterol yang rendah dikaitkan dengan risiko kemurungan (depression) dan kematian(7).

Kolesterol adalah bahan asas bagi badan untuk membuat hormon-hormon yang penting – hormon adrenal (terlibat di dalam metabolisma gula, perseimbangan cecair badan, pengurusan tekanan darah dan menyediakan badan untuk menghadapi suasana “stress”) dan hormon-hormon seks lelaki dan permepuan seperti testosteron dan estrogen.  Di samping itu kolesterol adalah diperlukan untuk pembesaran dan pembaikan tisu badan (5). Kuantiti kolesterol yang banyak juga di dapati di kulit. Tanpa kolesterol badan manusia dalam berbentuk gumpalan atau lembut seperti cacing.

Hati (Liver)

liver1Hati menghasilkan cairan hempedu yang digunakan untuk penghadaman makanan. Tanpa cairan hempedu lemak dan vitamin-vitamin tidak dapat diproses dan dihadamkan. Tanpa cairan hempedu kita akan menderita kekurangan vitamin ketara yang boleh memudaratkan kesihatan kita dengan serius. Di samping itu cairan hempedu menyerap pelbagai jenis racun (toksin) di dalam badan khasnya yang terkumpul di dalam sel-sel lemak yang kita makan (contoh: racun seranggan, racun rumpai, ubat-ubatan yang digunakan di dlam haiwan ternakan, pencemaran alam dan sebagainya) serta juga racun yang terbina di dalam badan. Cairan hempedu yang penuh dengan racun ini dilepaskan ke dalam usus dan dibuang di dalam najis. Bagaimanakah hati membuat cairan hempedu? Ianya dibuat melalui metabolisma kolesterol. Hakikatnya 70% daripada kolesterol di dalam badan akhirnya akan ditukarkan menjadi cairan hempedu.

Hati menghasilkan 60 – 70% daripada semua kolesterol di dalam badan. Sangat sedikit sumbangan peningkatan kolesterol yang datang dari makanan yang kita makan. Kolesterol yang kita makan bukan merupakan penyumbang utama peningkatan kolesterol di dalam badan kita. Terdapat faktor-faktor lain yang lebih penting untuk kita tahu dan mengendalikan dengan baik.

(1) Michael W. King, PhD / IU School of Medicine.

(2) Bruce Alberts, Ph.D. et al. Molecular Biology of the Cell (3rd Edition). Garland Publishing, New York, 1994. p.481.

3) Textbook of Medical Physiology, pg. 872-873, Arthur C. Guyton, John E. Hall, W B Saunders Co., January 15, 1996, ISBN: 0721659446. Elisabeth Schafer, Ph.D., Extension Nutrition Specialist Diane Nelson, Extension Communications Specialist Iowa State University, The Consumer’s Good Chemical Guide by John Emsley (Science Writer in residence at Imperial College of Science, Technology and Medicine, London), ISBN 0-552-14435-5, Corgi 1996.

4) The Consumer’s Good Chemical Guide by John Emsley (Science Writer in residence at Imperial College of Science, Technology and Medicine, London), Corgi 1996. ISBN 0-552-14435-5. Textbook of Medical Physiology, page 873

5) The Consumer’s Good Chemical Guide by John Emsley (Science Writer in residence at Imperial College of Science, Technology and Medicine, London), ISBN 0-552-14435-5, Corgi 1996.

6) http://www.drperlmutter.com/brain-needs-cholesterol/

7) West R, Beeri MS, Schmeidler J, Hannigan CM, Angelo G, Grossman HT, Rosendorff C, Silverman JM. Better memory functioning associated with higher total and low-density lipoprotein cholesterol levels in very elderly subjects without the apolipoprotein e4 allele. Am J Geriatr Psychiatry. 2008 Sep;16(9):781-5.