Senaman

SENAMAN

Senaman hendaklah dibuat dengan betul. Sekiranya ia tidak dilakukan dengan betul, mudarat yang akan terhasil dan bukannya manfaat.

Senaman yang berpanjangan (contoh: jogging dengan tempoh yang lama) meletakkan badan dalam keadaan stress, tulang dan sendi berterusan dihentak, jantung dan paru-paru mengecil sekiranya amalan ini diteruskan pada tempoh yang lama. Ianya juga akan memberi isyarat pada badan untuk meningkatkan penyimpanan lemak.

Satu kajian telah dibuat di kalangan pelari marathon di Boston menunjukkan mereka mempunyai risiko lebih tinggi untuk memilik pembuloh darah arteri yang lebih keras dan diserang sakit jantung. Di dalam satu kajian oleh Havard, doktor telah mengambil darah di kalangan 80 orang pelari marathon Boston yang berumur pertengahan sebelum dan selepas mereka menyertai perlumbaan. Tiada seorang pun di kalangan mereka pengidap penyakit jantung sebelum itu. Walaubagaimanapun sehari selepas mereka menyertai perlumbaan itu mereka telah menunjukkan tanda-tanda awal kerosakan jantung sama seperti orang yang sedang mengalami serangan jantung.

Oleh itu senama secara berpanjangan yang meletihkan (endurance exercise) bukan sahaja menyerupai serangan sakit jantung tetapi juga menyerupai seseorang yang mengalami stress, mengambil pemakanan yang tidak mencukupi dan telah berumur (aging).

Kunci kepada senaman

Di dalam Harvard Health Professionals Study, penyelidik telah mengikuti 7,000 orang. Mereka mendapati kunci kepada senaman ialah bukannya julat masa (berapa lama) tetapi intensiti. Semakin tinggi tenaga yang digunakan semasa senaman semakin rendah risiko sakit jantung.

Kajian juga menunjukkan bahawa HIIT (High Intensity Interval Training) melambatkan penuaan, meningkatkan tenaga dan membantu badan untuk menyembuhkan dan membaiki kerosakan badan dengan lebih cepat.

Manfaat HIIT

  • Manfaat Anti-penuaan (Anti-aging)

Di dalam satu kajian terhadap 2,400 kembar, pengkaji telah mendapati sesiapa yang menjalani senaman HIIT memiliki “telomere” yang lebih panjang daripada mereka yang tidak bersenam dan juga yang terlalu banyak bersenam. Kajian mendapati telomeres mereka dilihat sebagai 9 tahun lebih muda.

  • Penghasilan Tenaga

Senaman secara HIIT didapati akan meningkatkan penghasilan tenaga. Senaman dengan intensiti yang tinggi yang dibuat dalam tempoh yang sekejap menjadi pencetus untuk pembinaan “mitochondria” tambahan di dalam sel. Mitochondria adalah bertindak seperti “power plant” di dalam sesuatu sel.

  • Meningkatkan penghasilan Stem cell

HIIT didapati akan meningkatkan penghasilan stem cells yang akan digunakan oleh badan untuk pembaikan dan gantian sel-sel yang rosak.

Penerangan dengan terperinci serta demonstrasi HIIT diberikan di dalam Medi-Ihsan Wellness Seminar Level 1 yang dikendalikan oleh pihak kami.